KUALA LUMPUR: Penyanyi, Alina Hassan seb4k Siti Sarah Raisuddin bermurah hati menaja pembed4han mata kanannya akibat kat4rak yang ditanggung sejak sembilan tahun lalu.
Juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 itu berkata, pembed4han dijangka akan dilakukan Selasa depan di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre milik penasihat motivasi, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad.
Alina, 52, berkata dia memang berhasrat melakukan pembed4han mata, malah sedang mengumpul duit sedikit demi sedikit. Bagaimanapun, wang simpanannya masih belum mencukupi menyebabkan hasrat berkenaan tertangguh hingga hari ini.
“Ucapan terima kasih sahaja tidak mencukupi, saya akan terus mendoakan yang baik-baik untuk Sarah dan keluarga.
“Saya bagaikan tidak percaya apa yang didengar, berkali-kali saya bertanya kepada wakil pengurusan Sarah untuk kesahihan. Mereka menghubungi memberitahu Sarah mahu menaja kos rawatan pembedahan mata.
“Bayangkan, kami tak pernah berhubung selepas program Mentor Otai berakhir dua tahun lalu. Jadi, apabila diberitahu pengurusnya, Sarah mahu menaja tentulah saya amat terkejut.
“Saya tak dapat menahan air mata. Saya terlalu seb4k dengan kemuliaan hati Sarah. Memang ucapan terima kasih tak mencukupi, hanya Allah SWT sahaja dapat membalas jasa dan budinya terhadap saya,” katanya kepada BH Online.
Siti Sarah Raisuddin biaya pembedahan mata Alina Hassan bagi memudahkan urusan protegenya melakukan segala aktiviti. – Foto IG Siti Sarah
Berkenaan kos rawatan membu4ng katarak mata kanannya itu, Alina berkata, dia kurang pasti kos rawatan yang bakal ditanggung Sarah, tetapi yakin ia menelan belanja yang tinggi.
Alina berkata, dia mengalami katarak sekitar 2011 sewaktu bertugas sebagai pengawal keselamatan di KLCC.
“Sewaktu penyertaannya dalam program Kilauan Emas, dua mata tidak dapat melihat dengan jelas, tetapi saya tidak pernah berkongsi kesusahan yang dihadapinya.
“Bagaimanapun, saya berjaya melakukan proses pembu4ngan katarak untuk mata sebelah kiri pada 2017 selepas mempunyai rezeki lebih,” katanya.
Sementara itu, Sarah yang menemani Alina pada sesi rawatan yang pertama mendoakan agar proses membu4ng katarak protegenya itu dipermudahkan.
“Betapa pentingnya sepasang masa untuk melihat. Saya sed1h ketika membawanya bertemu dengan Prof Muhaya, hanya mendoakan segala urusannya dipermudahkan. Insya-Allah, apabila matanya sembuh boleh lebih mudah Alina melakukan segala aktivitinya,” kata Sarah.
Sebelum ini, kisah kepayahan hidup Alina pernah tular ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu. Penyanyi lagu Gelombang itu difahamkan menghuni sebuah bilik kecil dan menampung kehidupan dengan mengambil upah membeli barang keperluan harian dengan berjalan kaki.
Selain itu, ibu kepada empat cahaya mata itu turut mengambil upah membasuh dan melipat kain.
Penderitaan Alina akhirnya mendapat perhatian apabila permohonan untuk menduduki Program Perumahan Rakyat (PPR) diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dia kini sedang di dalam proses berpindah dan bakal membawa anak keduanya yang kini berusia 20 tahun untuk tinggal bersamanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH