Baju seluar dlm mak basuh guna sabun mandi je dan bila mlm takde org, baru mak sidai di tepi katil.

Asalammualaikum semua pembaca .. Tujuan saya menulis di sini adalah untuk meluahkan serta mahu meminta pendapat para pembaca ..

Saya merupakan anak perempuan tunggal. Ibu bapa saya sudah berpis4h sejak saya kecil lagi . Ibu saya sudah banyak menderita dengan perangai ayah kandung saya .

Saya mempunyai 2 orang abang tetapi tak mahu lah saya cakap lebih lebih cukup lah sekadar para pembaca tahu ‘harap je anak jantan tapi tak guna’ .

Ketika saya sudah hampir tamat sekolah menengah ibu saya berkahwin lagi dengan lelaki yang hampir sebaya dengan arw4h atok saya ,

Mak seorang yang cantik dan nampak sangat muda walaupun umurnya dah menjangkau 50+ . Saya pun sayang ayah tiri saya cuma sometimes tu ada la pertel1ngk4han sikit biasa la keluarga mana yang perfect tiada salah faham kan ..

Mak pun pernah berg4duh dengan ayah tiri saya kerana dia seorang yang agak ked3kut tapi mak tak pernah tinggalkan dia dan masih bertahan.

Mak cakap la dia seorang yg baik cuma ‘ked3kut’ tu saja tak boleh buang.. takpe lah kami boleh terima kekurangan dia tu

Pada penghujung tahun lepas bapa tiri saya s4kit teruk. Hampir 2 bulan dia berada di h0sp1tal dan selama itu juga lah mak sentiasa berada di sisi dia ..

 

Ada sekali tu saya balik , mak bagitau saya mak pakai baju yang sama berulang kali sebab xde baju.. baju dalam dan seluar dalam pulak mak basuh guna sabun mandi je dan bila malam takde orang, baru mak sidai di tepi katil

Allah sed1hnya saya dengar .. saya terus kutip baju mak dan bawa ke dobi. Mesti ramai tertanya mana perginya anak anak bapa tiri saya ?

Ada .. cuma mereka semua dah besar dan berkahwin dan bapa tiri saya pula mmg nak mak je yang jaga dia xnak orang lain. Mereka ada lah juga membantu serba sedikit ..

Namun begitu, Allah lebih sayangkan ayah tiri saya.. Akhirnya dia pergi .. mak sed1hhh sangat .. mak tak g1la harta mak serahkan segala dokumen buku bank kad bank geran kereta geran tanah semua kepada anak2 dia ..

Mereka cuma bagi mak 100+ sahaja sebulan . Gaji yg saya ada skrg pun tak cukup nak tampung kehidupan kami , nak bayar sewa rumah lagi keperluan rumah lagi api air lagi ..

mak pula buat kerja part time di rumah .. Saya k3sian tengok keadaan mak .. Saya pulak gaji kecik , kalau gaji saya besar mak tak payah kerja ..

saya tak k3sah kalau saya tak kahwin pun .. janji saya dapat jaga mak .. Maaf lah kalau luahan saya ni beterabur .. Saya cuma nak tahu tentang hak mak ..

Mak cakap mak tak kisah pun pasal harta yg lain cuma mak sed1h kenapa sikit sangat wang sara hidup yang mak dapat ..

Pembaca bayangkan lah 100+ bayar sewa rumah pun tak cukup. Saya harap xdela yang cakap saya tak bersyukur .. Buat pengetahuan pembaca anak2 bapa tiri semuanya hidup senang ..

Bila ditanya mereka kata mereka rujuk kepada ustaz , dan ustaz kata wang pencen bapa tiri tu mesti lah difaraid .. betul kah ?

– Anak mak

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://kuasaviral.com/