Pusat Tahfiz Miliknya Di Langkawi Dirob0h, Ini Reaksi Datuk Aaron Aziz

Ramai tidak tahu bahawa pelakon Datuk Aaron Aziz mempunyai sebuah pusat tahfiz di Pulau Langkawi. Baru-baru ini, Aaron berkongsikan gambar menunjukkan satu bangunan yang telah dipecahkan dinding.

Menerusi perkongsian itu, Aaron meluahkan rasa kecewa apabila pusat tahfiz miliknya itu dirobohkan. Enggan mengulas lanjut sebab mengapa ianya dirobohkan, Aaron berkata ia berada di luar kawalannya.

sed1h melihat keadaan tersebut, Aaron berdoa dan berharap agar segala urusan di sana dipermudahkan dan asrama untuk anak-anak tahfiz itu perlu dibina semula.

“Kasihan Tahfiz saya di Langkawi dirobohkan….Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di sana. Asrama anak anak semua harus dibina semula. @journey_to_insyirah (pls Jangan tanya kenapa. Anggap benda yg tak dapat kami kawal. Beyond my control)”-Tulis Aaron di Instagram milik beliau

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kasihan Tahfiz saya di Langkawi dirobohkan….Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di sana. Asrama anak anak semua harus dibina semula. @journey_to_insyirah (pls Jangan tanya kenapa. Anggap benda yg tak dapat kami kawal. Beyond my control) 😞

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat bertanyakan hal tersebut. Malah, ramai yang mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja terutama untuk anak-anak tahfiz yang menjadi mngsa dengan apa yang berlaku.

Tidak kurang juga peminat turut memberikan kata-kata semangat kepada Aaron Aziz agar terus tabah di atas ujian tersebut kerana jalan untuk menuju kebaikan banyak halangan dan yakinlah bahawa ada hikmah disebalik semua kejadian.

Aaron Aziz Larang Anak-anak Tunjuk Harta

eperti selebriti lain, Aaron Aziz juga tidak ketinggalan membenarkan anak-anaknya mencipta akaun di laman sosial. Pun begitu Aaron tegas dalam memantau kegiatan anak-anak mereka dan tidak membenarkan anak-anaknya menunjuk-nunjuk harta di laman sosial.

“Kita pantau dari awal penggunaan laman sosial, apa yang mereka cari di internet. Untuk keselamatan saya minta mereka tidak sertakan lokasi dan jangan tunjuk harta. Laman sosial hanya sekadar suka-suka sahaja”

“Saya benarkan mereka buka pada umur yang sesuai dan tahu mereka mampu mengawal laman sosial itu dengan baik. Pada saya laman sosial ini mengajar mereka tentang kehidupan iaitu tidak semua orang suka apa kita buat,” katanya.

Jelas Aaron, beliau tidak kisah dengan penggunaan media sosial terhadap anak-anaknya selagi mereka mendahului perkara penting terdahulu. Memang agak sukar untuk menghalang generasi sekarang dari menggunakan sosial media, apalagi dengan bermacam aplikasi menarik sekarang.

Tindakan Aaron memastikan anak-anak tidak mempamerkan kemewahan di laman sosial tepat sekali supaya keselamatan mereka terjamin. Apapun tanggungjawab ibu bapa paling penting dalam hal ini.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MB