Chef Wan Dedah Usia 23 Tahun Raih Pendapatan RM30,000 Sebulan

Bergelar cef berjaya dan dikenali dunia, namun ramai tidak tahu Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan banyak melakukan pelbagai kerja pada satu masa sebelum berjaya mencipta kejayaannya kini.

Berkongsi cerita ketika zaman mudanya, Chef Wan berkata dia pernah meraih pendapatan mencecah RM30,000 sebulan sebelum bergelar cef. Ujarnya, ketika itu dia melakukan dua hingga tiga kerja dalam satu masa.

“Sewaktu saya kerja di bank, orang lain balik kerja pukul 4 petang dah balik rumah membuta. Saya pula sambung kerja, naik motosikal jual macam-macam barang, tupperware, alat soleklah.

“Masa itu umur saya baru 23 tahun. Buat jual-jual tu semua dapatlah saya sampai RM30,000 sebulan,” katanya kepada Astro Gempak.

Lebih manis, Chef Wan berkata berkat usaha kerja kerasnya, dia berjaya membeli rumah pada usia cukup muda. Bagaimanapun, dia terpaksa berkorban masa mudanya demi rasa tanggungjawabnya terhadap keluarga.

“Saya melakukan pelbagai kerja. Saya pernah pergi rumah orang cuci, kerja di pasar raya, jadi tukang kebun. Saya dulu memang ‘struggle’ perlu melakukan banyak kerja.

“Balik rumah, jaga adik, masak, buat kuih, jual kuih. Balik, siap beri (duit) pada mak. Budak-budak lain, balik rumah sambung main bola. Pada masa sama, saya boleh jadi pelajar terbaik lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata tiada alasan untuk seseorang untuk mengubah nasib hidup. Ujarnya, semua itu boleh diperoleh dengan semangat dan usaha, bukan hanya tahu mengeluh sahaja.

“Bila tak ada duit, pergilah kerja. Cuma orang sekarang selalu mengelvh. Kalau tak berusaha, susahlah. Apabila sudah dapat rezeki, bantu orang sekeliling, agar rezeki itu berpanjangan.

“Saya tak adalah kaya raya sepanjang masa. Tapi itulah peng0rb4nan. Bila kita hidup suka berkorb4n, saya percaya ada sebab Allah murahkan rezeki untuk tolong keluarga sendiri, bersedekah,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya