BEIJING: Kediaman mewah milik Jackie Chan dirampas pihak berkuasa dan disenaraikan dalam senarai lelong.
Kediaman mewah yang terdiri daripada gabungan dua unit pangsapuri mewah di daerah Dongmen dekat Beijing, itu dilelong dengan harga bermula RM43.7 juta.
Pangsapuri mewah itu dilaporkan dirampas dari bintang filem seni mempertahankan diri itu kerana pertikaian hak milik.
Chan, 66, paling terkenal dengan filem hit “Rush Hour” dan “Police Story”, mencetvskan kontr0oversi pada tahun 2013 apabila menyertai badan penasihat politik terkemuka di China, walaupun dilahirkan di Hong Kong, di mana reputasinya terjejas berikutan pendiriannya yang menyokong Beijing.
Dia dan isterinya Joan Lin serta anak lelakinya Jaycee Chan tinggal di hartanah mewah itu 2007.
Ia memiliki keluasan 1,200 meter persegi dengan enam bilik tidur serta tiga ruang tamu.
Pangsapuri itu juga menjadi tempat di mana Jaycee ditahan kerana memiliki dan mengedar d4dah jenis g4nja pada 18 Ogos 2014.
Namun, pertikaian undang-undang antara dua firma harta tanah telah menyebabkan hartanah terbabit dir4mpas dan dijual, walaupun ada rayuan oleh bintang filem terkenal itu.
Kediaman itu bakal dibuka untuk bidaan bermula 28 September ini jam 10 pagi. – AGENSI.
Sumber: Bharian Online
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/rumah-jeki-cen55441/