JAKARTA: Tanah perkvbur4n di Pondok Ranggon Jakarta Timur dijangka berdepan situasi krit1kal menjelang Oktober depan berikutan kehabisan ruang bagi urusan pengebvmian selepas k3s kem4tian c0v1d-19 terus mencatatkan peningkatan.
Pegawai pengurusan di kawasan tanah perkvbvran berkenaan, Nadi berkata, cuma 1,100 ruang masih ada bagi menempatkan jen4zah di lokasi berkeluasan 7,000 meter persegi itu.
“Kapasitinya dijangka akan menjadi kritikal pada pertengahan Oktober ini,” katanya sebagaimana dilaporkan kompas.com.
Dianggarkan, pada bulan depan, tanah perkvbur4n itu hanya mampu menempatkan 380 hingga 400 jen4zah.
Menurutnya, secara purata 700 jen4zah dikebvmikan di tanah perkvbur4n Pondok Ranggon sebulan. Pada Ogos purata 27 m4y4t dikebvmikan di kawasan itu setiap hari.
“Pada 31 Ogos lalu, jumlah jen4zah yang dikebumikan adalah 36 orang iaitu yang tertinggi pernah direkodkan.
“Sejak Pondok Ranggon dijadikan pusat pengebvmian bagi k3s c0v1d-19 bermula Mac, pihak berkuasa telah membuka lapan lot baharu dan menguruskan 2,623 jen4zah.
“Kami menggunakan plot bernombor 91 hingga 99 (bagi pengebvmian k3s c0v1d-19), kecuali plot 97 bagi urusan pengebumian orang awam,” katanya.
Beliau turut berkata, setiap plot boleh menempatkan 240 hingga 300 jen4zah.
Nadi turut memaklumkan, setakat ini, pihaknya tidak mempunyai sebarang perancangan berkaitan situasi kritikal yang mungkin berlaku pada Oktober nanti.
Beliau cuma berharap, kes c0v1d-19 dan jumlah kem4tian akan kembali mencatatkan penurunan. – Agensi
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH