Jelm4an m1ster1 di Bukit Salbiah

SEORANG wanita berpakaian putih dilihat berjalan perlahan-lahan sambil mengendong bayi. Dia kemudian berhenti di tepi selekoh taj4m seolah-olah menunggu seseorang sambil memerhatikan gaung cur4m di laluan itu.

Kadang-kadang wanita itu dilihat melambai-lambai pengguna jalan raya di tepi gaung pada waktu malam, meminta mereka menumpangkannya untuk mencari kekasih hati yang dikatakan menjadi per4gut nyawanya.

Wanita berkenaan hanya dapat dilihat pengguna jalan raya yang ‘bertuah’ apabila melalui Jalan Bukit Fettes, Tanjung Bungah selepas waktu senja hingga tengah malam.

Kelibat wanita dikenali sebagai Salbiah dikatakan mula mengh4ntui pengguna jalan raya di Jalan Bukit Fettes selepas m4y4tnya ditemui di dalam gaung di laluan berkenaan pada 15 November 1980.

Sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an terdapat peringatan supaya pengguna jalan raya berhati-hati jika melalui laluan alternatif berkenaan yang menghubungkan Jalan Tanjong Tokong ke Batu Feringghi itu.

Ketika itu, Jalan Bukit Fettes digeruni bukan sahaja kerana laluannya yang berbukit dan mempunyai selekoh sempit yang taj4m, namun namanya turut dikenali sebagai Bukit Salbiah menyimpan m1steri pembvnuh4an membabitkan seorang wanita.

Bukit Salbiah mendapat namanya apabila m4yat seorang pekerja kilang, Salbiah Yeop Abdul Rahman, 27, ditemui di dalam gaung di Jalan Bukit Fettes itu.

Salbiah, seorang pekerja kilang di Bayan Lepas dikatakan dibvnuh kekasihnya, seorang anggota p0lis dan may4tnya dibu4ng di dalam gaung di situ bagi mengh4puskan bukti percintaan terlarang mereka.

Dia dikatakan menjadi m4ngs4 selepas terlibat dalam cinta tiga segi. Kekasihnya membvnuh wanita cantik itu bagi mengelakkan hubungan mereka diketahui tunangnya yang tinggal di Melaka.

Pembvnuh Salbiah akhirnya ditangkap dan telah dijatuhkan hukvman g4ntung sampai m4ti pada 1984 selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan lelaki berkenaan membvnuh Salbiah dan bukannya m4ti akibat membvnuh diri seperti did4kwa.

Cerita m1steri mengenai entiti jelmaan Salbiah turut terkenal dalam kalangan pelajar sebuah sekolah menengah yang terletak kira-kira 500 meter dari kawasan gaung lokasi m4yat wanita itu dibu4ng.

Berkongsi pengalaman, bekas pelajar sekolah berkenaan, Azmi Ibrahim, 38, menceritakan, dia mempunyai pengalaman ser4m yang sukar dilupakan.

Azmi yang kini menetap di Kulim, Kedah menceritakan, sekitar tahun 1998 dia pernah terses4t di kawasan hutan dan gaung di situ.

Semuanya gara-gara seorang rakannya celupar mempersend4kan kisah Salbiah yang menjadi buah mulut di sekolah itu.

PERKAMPUNGAN Ladang Lada di Jalan Bukit Fetes kini masih berada dalam keadaan yang sama walaupun dikatakan banyak g4ngguan berlaku selepas kem4tian Salbiah.

“Ketika itu saya menjadi Ketua Pengawas, tugas saya mencari pelajar p0nteng di dalam hutan di belakang sekolah.

“Kami berpecah kepada beberapa kumpulan untuk menjejaki pelajar yang sering p0nteng, namun tersesat hingga lebih lima jam di gaung berkenaan,” katanya baru-baru ini.

Azmi berkata, ketika itu kawasan hutan yang kecil dan biasa dimasuki terasa begitu gelap, sunyi serta menyer4mkan.

“Sebelum masuk ke dalam hutan pada pukul 8 pagi, ada rakan saya yang mempermainkan nama Salbiah. Dia kata nanti masuk mesti jumpa h4ntu Salbiah.

“Kami yang mendengar hanya mendiamkan diri dan akhirnya gagal mencari jalan keluar dari gaung tersebut walaupun jaraknya dengan jalan utama hanya 500 meter. Hanya selepas lima jam dan pelbagai surah al-Quran dibaca, baru dapat mencari jalan keluar,” katanya.

AZIM

Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan, Azim Mohd. Naim, 29, berkata, dia baru dua bulan bekerja di kawasan berhampiran Bukit Salbiah itu.

“Sebelum ini, memang saya tahu mengenai kisah Salbiah daripada rakan-rakan tetapi sejak bekerja di situ tidak pula saya berjumpa dengan entiti yang pelik dan menyer4mkan.

“Ada yang kata Salbiah akan tunggu di selekoh, tepi gaung dan sebagainya, namun apabila saya jalankan rondaan pada waktu malam tidak pula saya dig4nggu,” katanya.

Azim berkata, kawasan Bukit Salbiah itu yang dahulunya digervni tidak lagi sunyi apabila kawasan itu kini menjadi kawasan perumahan mewah.

“Ramai yang telah melupakan kisah Salbiah, kawasan ini juga telah dihuni ramai dan tidak sunyi seperti dahulu.

“Kisah Salbiah telah dilupakan, namun Bukit Salbiah akan tetap diingati penduduk setempat sebagai salah satu lokasi paling menyer4mkan di negeri ini,’’ katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Kosmo