Safiey Ilias mengaku bersalah, ini hukvman yang dikenakan

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Ilias mengaku bersalah atas dua pertudvhan membabitkan kesalahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Ddah dan Kosmetik 1984 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Mahkamah memerintahkan Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias membayar denda RM5,000 bagi pertudvhan pertama dan RM18,000 bagi pertuduhan kedua.

Safiey yang juga penyanyi lagu Syinta Gila berkata, dia berharap kes itu menjadi pengajaran buat semua pihak.

“Saya mengaku bersalah dan alhamdulillah kes sudah selesai. Saya juga sudah menjelaskan kesemua denda RM23,000 tadi. 

“Apa yang boleh diperkatakan, saya harap perkara ini menjadi pengajaran bukan saja diri sendiri tapi orang lain juga.

“Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini demi menghorm4ti undang-undang,” katanya kepada Harian Metro.

Mengenai dakwaan dirinya disabotaj pihak tertentu, Safiey enggan mengulas lanjut.

“Macam dikatakan, saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Saya mahu ia selesai cepat dan sebab itu saya mengaku bersalah.

“Terima kasih atas doa dan sokongan yang berterusan diberikan kepada saya,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan w4ran tangk4p sudah dikeluarkan ke atas Safiey ekoran dia dua kali gagal hadir pada prosiding yang dijalankan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH via HM