Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Al-Yahya memberitahu bahawa anak perempuannya terpaksa dibawa ke hosp1tal selepas sebiji tasbih kristal dimasukkan ke dalam hidungnya.
Menurut PU Syed, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.40 malam sebelum anaknya, Faathimah dibawa ke unit kecem4san sebuah hosp1tal swasta di Ipoh, Perak selepas cubaan mengeluarkan semula biji tasbih itu gagal.
“Anakanda Faathimah masukkan biji tasbih kristal dalam hidungnya. Jenuh kami usaha nak keluarkan, tapi tak berjaya.
“Terpaksa bawa ke unit kecemasan KPJ Ipoh. Bagaimanapun, doktor bertugas minta datang pagi ini untuk jumpa ENT (pakar telinga, hidung dan tekak). Terbang RM120 tanpa apa-apa selain jenguk sahaja,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram miliknya.
Bagaimanapun, menurut PU Syed, sejurus pulang ke rumah, dia kemudian berusaha sekali lagi untuk cuba mengeluarkan biji tasbih yang masih tersekat dalam hidung anak perempuannya itu.
“Bawa balik Faathimah, saya dan isteri usaha keluarkan juga dan alhamdulillah sedut punya sedut, pakai penyedut hingus, bukan vakum tu ya..korek sikit-sikit.
“Alhamdulillah akhirnya kami berjaya keluarkan sekitar jam hampir 12 malam. Alhamdulillah,” kongsinya yang menceritakan semula detik cem4s itu.
Dalam entri tersebut PU Syed turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan biji tasbih yang berjaya dikeluarkan dari hidung anaknya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak