Penyanyi yang sering menjaga kesihatannya Nourul Depp berkongsi satu entri di Instagram miliknya yang mungkin bagus untuk dibaca oleh semua orang tentang perkongsian rasa.
Sambil memetik kata-kata daripada Maya Angelou yang diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia, Nurul memberitahu bahawa manusia lebih mengingati apa yang kita buat mereka rasa dan bukannya perbuatan kita itu.
“Apa yang kita rasa? Apa yang ada orang lain buat kita rasa? Apa yang kita buat orang lain rasa? Soal rasa ni berkait rapat dengan emosi. Rasa ni akan kita ingat dan rasa sampai bila-bila.
“Sebab tu kena buat baik. Bila kita buat baik, orang lain rasa best. Macam tu juga sebaliknya. Kita nak orang bercakap baik kat kita, kita kena cakap baik kat orang,” tulis Nourul pada entri tersebut.
Menurut Nourul lagi, jika kita mahu dilayan dengan baik, kita juga mesti melayan orang lain dengan baik kerana ianya berlaku pada dua arah.
“Kita nak kita dilayan baik, kita kena layan manusia lain baik juga. Tak ada one way dalam berlaku baik. Must be two ways. Hanya jalan raya boleh one way tu pun jalan tu kena ada sistem yang baik.
“Hidup ni mudah ja kalau semua beri jasih sayang dan semua faham akan soal two way ni. Mulakan hari ini. Be nice. On socmed or off socmed. Love you,” tulis Nourul lagi.
Selain menjadi penghibur, Nourul turut memperkembangkan pengetahuannya sebagai pakar pemakanan dan motivasi dan sering memberikan motivasi secara atas talian kepada. Kepada mereka yang ingin mengikutinya, bolehlah sertai @divakurus_by_nouruldepp di Instagram.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak