Tentera bantu baiki 61 rumah penduduk

KUANTAN: Markas Empat Briged (Mekanize) Kem Batu 10, Kuantan membaiki dan membina semula 61 rumah di bawah Program Jiwa Murni di negeri ini dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.

Ketua Staf Tadbir dan Logistik Markas 4 Briged (Mekanize), Leftenan Kolonel Anwar Jafrizal Ahmad, berkata program itu yang dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak, membabitkan aktiviti membaiki dan membina rumah yang ros4k disebabkan r1but termasuk musn4h kerana keb4kar4n.

Proses membaiki dan membina rumah dilakukan pihaknya manakala peralatan seperti atap, papan, batu bata dan kayu disediakan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pejabat Daerah, Pejabat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Tahun ini program jiwa murni diadakan masing-masing di Maran dan Bentong membabitkan Felda Jengka 21 dan Felda Sungai Kemahal. Dua lagi di Pekan di kampung tradisional di Kampung Pulau Serai dan Kampung Merchong.

“Tahun ini kita juga turut membina jambatan sementara menggunakan enam balak di penempatan Orang Asli di Pos Lenjang, Lipis. Pembinaan dilakukan berikutan b4njir lumpur selepas kejadian kepala air.

“Kini seramai 22 anggota sedang membina rumah baharu untuk seorang ibu tunggal di Kampung Pintu Padang, Ulu Gali Raub. Pembinaan mengambil masa dua bulan dan dijangka siap sepenuhnya bulan depan,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerja membaiki rumah terbanyak dilakukan di Felda Sungai Kemahang membabitkan 39 rumah penduduk yang ros4k disebabkan kejadian angin kenc4ng, sebanyak 18 rumah turut dibaiki di Felda Jengka 21 juga disebabkan r1but.

 

Sumber : BH Online