Berkat Titik Peluh Berniaga Cempedak, B4lu Arw4h Abam Berjaya Merealisasikan Impian Arw4h..

Isteri kepada allahy4rh4m Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali menjelaskan tujuan memiliki kedai sendiri adalah untuk mencari premis yang selesa dan praktikal untuk berniaga berbanding gerai sebelum ini.

Menurut Hidayah, 28, tapak dia berniaga cempedak goreng sekarang ini tidak sistem4tik malah kurang sesuai untuk membawa anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang masih kecil.

“Saya ambil masa juga iaitu selepas 5 bulan berniaga di gerai dan barulah berjaya buka kedai ini. Mula-mula saya fikir, sampai bila nak berniaga di tepi jalan dengan keadaan cuaca sekarang yang tak menentu. 

“Kalau hujan lebat, saya tak dapat meniaga sebab tapak itu dinaiki air dan khemah akan rosak. Saya juga kesian pada Hamzah yang terpaksa berpanas dan berhujan.

“Dari situ saya fikir, saya sudah boleh cari kedai. Saya cuba mohon kedai di bawah Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) pada bulan Julai lalu. Alhamdulillah, pada bulan Ogos permohonan kedai saya diluluskan. Syukur sangat,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah Hidayah, dia dan arw4h pernah menyimpan hasrat untuk membuka kedai sendiri namun tidak kesampaian.

“Kedai ini memang salah satu plan saya bersama arw4h untuk menjalankan perniagaan di samping dapat mengisi masa lapang. Dan sekarang, tiba masanya untuk saya merealisasikannya.

“Saya ingin berterima kasih pada semua yang sentiasa menyokong saya sehingga ke hari ini. 

“Terima kasih tak terhingga juga pada ahli keluarga yang banyak membantu dan bersusah payah bersama tanpa henti. Saya sangat gembira sebab saya mampu menunaikan impian arw4h suami,” katanya lagi.

Sebelum ini, Hidayah berkongsi berita gembira dengan memuat naik foto memegang kunci kedai di Instagram (IG) miliknya.

Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun tiga bulan.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat dem4m panas. 

Berkat Titik Peluh Berniaga Cempedak Goreng Tepi Jalan, Hidayah Dah Ada Kedai Sendiri!

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey meluahkan rasa syukur kerana sudah memiliki kedai sendiri hasil titik peluh berniaga cempedak goreng secara kecil-kecilan.

Hidayah berkongsi berita membanggakan tersebut menerusi posting Instagram (IG) nya pada petang Jumaat.

“Alhamdulillah syukur pada Allah, hari Jumaat yang penuh barokah ni, syukur pada Allah berkat, kesabaran, titik peluh berniaga kecil-kecilan cempedak goreng Dayah mampu mempunyai kedai yang tak seberapa ini.

“Terima kasih abg Dayah @sirazmier bantu untuk dapatkan kedai ni, terima kasih mak abah & famili tercinta sentiasa doakan serta support Dayah,” katanya.

Difahamkan Hidayah atau nama sebenarnya Siti Nurhidayah Mohd Ali mula memohon untuk mendapatkan kedai tersebut pada 2 Ogos lalu di Majlis Daerah Sabak Bernam.

“Terima kasih juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meluluskan permohonan Kedai No.19 dengan cepat,” katanya.

Hidayah pada April lalu memulakan perniagaan cempedak goreng secara kecil-kecilan di tepi jalan untuk menyara hidup dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak