SEORANG wanita yang mendakwa dirinya bekas kekasih kepada Pencetus Ummah (PU) Riz tampil menulis surat terbuka selepas menerima pelbagai kec4man kerana mempertikaikan tindakan seorang selebriti yang digosipkan dengan pendakwah muda itu.
Gadis tersebut yang dikenali sebagai Amal Syahmina menulis kenyataan di Instagram bagi membersihkan nama setelah pelbagai berita tidak benar mengenai dirinya berlegar di media sosial.
Mengakui kesilapan kerana muat naik di Instastory baru-baru ini, Amal berkata dia tidak sewajarnya menjatuhkan hukvm terhadap seseorang yang cuba memperbaiki diri menjadi lebih baik.
“Surat terbuka untuk saya dan mereka yang prihatin. Satu-satunya sebab saya buat ini kerana nak ‘move on’ dan pelbagai benda berlegar di alam maya membuatkan saya kurang selesa. Saya tidak akan bercakap lagi mengenai ini dan ingin membersihkan nama saya.
“Ya, saya mengaku salah kerana bitter. Sebagai seorang Muslim, kita tiada hak untuk menghukvm niat seseorang apabila mereka sedang cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Amal tulis surat terbuka di Instagram.
“Saya sepatutnya bertindak dengan cara lebih baik. Saya ada alasan tersendiri untuk berasa sed1h. Apapun saya mengaku, ianya adalah kesilapan saya,” tulisnya.
Sementara itu, Amal mendedahkan hubungannya dengan bekas kekasih terjejas selepas kehadiran orang ketiga.
“Hubungan kami diuji dengan kehadiran orang ketiga dan ia merupakan kesalahannya sendiri kerana tidak cuba mempertahankan saya.
Amal mengenali PU Riz sejak lima tahun lalu.
“Meletakkan saya sebagai satu pilihan merupakan satu hal yang tidak wajar. Apapun, anda berhak untuk memilih apa yang anda mahu lakukan dan saya hormat keputusan anda dan cuba menerimanya.
“Saya sentiasa percaya ketentuan Allah… ada hikmah masa akan datang! Saya tidak pernah menyesal mengenalinya. Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya yang menjadikan siapa saya pada hari ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Amal berkata dia menerima pelbagai sindiran daripada netizen yang berlagak seolah-olah mengetahui apa yang berlaku dalam hubungannya dengan bekas kekasih itu.
Gara-gara muat naik ini, netizen membuat pelbagai spekulasi.
“Ada yang datang kepada saya menyi1ndir dan memberitahu saya tidak cukup baik. Hentikan ini. Anda bukan orang yang jalinkan hubungan dengannya selama lima tahun, bukan yang rapat dengan keluarga saya.
“Yang paling penting, anda bukan orang yang berjanji kepada saya dan keluarga bahawa awak akan berkahwin dengan saya.
“Saya berharap semua orang baik-baik sahaja. Saya mahu mulakan hidup baru untuk kebaikan saya sendiri,” ujarnya.
Sebelum ini Amal ada memuat naik satu foto menerusi ruangan Instastory dilihat seakan-akan menyi1ndir Neelofa yang menunjukkan stokin yang baru dibeli.
Perkongsian Amal itu menarik perhatian netizen, lebih-lebih lagi selepas bekas pengacara Meletop itu dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan PU Riz.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar via MediaViral