Zaman 90-an merupakan zaman yang agak mengelirukan bagi jutaan masyarakat Malaysia yang masih ada sekarang. Ini kerana pada zaman itu, mungkin kerana pengaruh artis barat – negara kita melalui satu fenomena panjang di mana semua orang dengar lagu rap.
Tapi genre rap yang kita dengar pula bukanlah genre rap saduran dari barat, tetapi rap yang boleh dikatakan bercirikan ke-Malaysiaan. Kumpulan-kumpulan rap tumbuh macam cendawan pada zaman tersebut untuk cuba menakluki takhta kumpulan rap nombor 1 negara, sambil men1ngg4lkan pelbagai trend yang mana bila dilihat semula sekarang; sangat memalvk4n diri mereka dan kita semua.
Generasi muda mungkin dah terlepas untuk merasai era ini, tetapi pada zaman kegemilangannya – rap Malaysia merupakan genre muzik nombor 1 negara. Lima kumpulan ini pula, adalah artis yang dikatakan paling berpengaruh membentuk minat dan trend dalam masyarakat kita.
1. Nico
Nama NICO dikatakan merupakan singkatan kepada ‘Network International Chicanos Organization’. Kami baru tahu ni.
Merupakan antara kumpulan rap terawal Malaysia yang memaparkan muzik yang lebih condong kepada irama funk, kumpulan ini dianggotai oleh Nico, Affa dan Dino, penulis tak pastilah antara mereka bertiga yang digilai gadis-gadis Malaysia satu dulu. Affa rasaanya.
Kumpulan ini popular selepas lagu hit mereka, “Inilah Nasibku” meletup – memaparkan luahan perasaan anak muda zaman tersebut, menyebabkan lagu ini menjadi lagu tema anak muda yang mengalami kesemp1itan hidup.
Mula terkenal pada tahun 1993, Nico berjaya mengeluarkan 3 album dengan album terakhir mereka diterbitkan pada tahun 2003 dengan ahli kumpulan berbeza. Bagi peminat setia Nico, anda mesti dah tahu kumpulan ini masih aktif dengan nama berbeza ‘Nico G’. Anak sulung kepada ketua kumpulan ini mengaku malu ayahnya masih lagi ligat di atas pentas menari.
2. KOOL
Menggunakan nama KOOL atau ‘Kami Orang-Orang Lama’, kumpulan ini merupakan gabungan beberapa orang anak seni daripada pelbagai kumpulan lain – yang akhirnya berhasrat menubuhkan sebuah kumpulan baru.
Bernaung di bawah label Sony Records, KOOL sangat popular dengan lagu ‘Bebas’ yang diangkat sebagai lagu rasmi jejaka-jejaka 90-an setiap kali nak bersenam. Pada ketika itu juga televisyen RTM banyak menyiarkan rakaman senaman secara langsung dengan lagu ‘Bebas’ dipilih menjadi lagu latar. Ada sesuatu yang bertenaga tentang lagu itu.
Berikutan status mereka sebagai orang lama, muzik mereka pun lebih matang berbanding kesemua kumpulan dalam senarai ini – jadi peminat mereka pun pada ketika itu lebih berusia.
3. Feminin
Sehingga kini negara kita belum ada pengganti kepada kumpulan Feminin. Itu sesuatu yang amat menduk4citakan penulis, kerana pada zaman kegemilangan mereka – secara senyap-senyap penulis meminati salah seorang anggota kumpulan tersebut disebabkan kecomelan wajah beliau.
Feminin muncul sekitar tahun 1992, benar-benar menggemparkan industri muzik kita dengan lagu hit mereka ‘Untukmu’ ciptaan kumpulan KRU. Sekiranya bebas merupakan lagu untuk bersenam, ‘Untukmu’ pula adalah lagu rasmi remaja-remaja zaman dahulu layan perasaan akibat gejolak rindu cinta monyet.
Populariti Feminin kekal berada dipuncak walaupun mengalami perubahan anggota, selepas ada anggota terpaksa mengundurkan diri. Di bawah didikan adik-beradik KRU, jualan 3 album Feminin semuanya laris dan wajah-wajah gadis itu yang kini mungkin dah berstatus ibu atau makcik, kerap kali menjadi fokus utama majalah hiburan tempatan.
4. KRU
Siapa yang tak kenal dengan KRU dia bukan orang Malaysia. Begitulah hebatnya fenomena yang dibawa oleh KRU pada industri muzik kita dan evolusi yang mereka bawakan, bukan saja besar malahan telah melangkaui berzaman lamanya.
Pada awalnya KRU seakan sengaja diletakkan oleh pihak media sebagai lawan kepada sebuah lagi kumpulan popular, 4U2C walaupun genre muzik dan tema yang mereka bawakan agak berbeza. Tetapi pada waktu itu, siapa suka KRU akan tak suka 4U2C secara autom4tik, begitu juga sebaliknya.
Bagaimanapun, sekiranya dinilai semula – sejak awal lagi KRU nampak mampu melangkah lebih jauh kerana kumpulan mereka tidak bergantung kepada individu lain dalam menjana kreativiti dan karya. Semuanya mereka lakukan sendiri. dem4m KRU yang melanda juga menyebabkan jualan pakaian ‘windbreaker’ satu sut laku keras kerana majoriti anak muda waktu tu, nak pakai windbreaker ke mana-mana.
Selepas berbelas album dikeluarkan, pelbagai cubaan untuk merevolusikan industri muzik Malaysia melalui teknologi serta kejayaan menghasilkan ramai pelapis baru dalam industri muzik – penulis hanya mampu untuk bertepuk tangan pada 3 anak muda yang memulakan trend pakai ‘windbreaker’ di Malaysia.
5. 4U2C
Seperti yang penulis katakan di atas, sekiranya anda suka KRU, anda tak suka 4U2C. Penulis pula berada dalam kem 4U2C ketika itu. Hahaha. Kumpulan yang dianggotai oleh 7 orang anak muda ini bukan saja menjadi kegilaan ramai menerusi lagu berh4ntu ‘Fiona’ mereka juga turut membawa gelombang perubahan yang melanda negara kita dalam pelbagai cara.
Yang pertama dari segi fesyen – di mana mereka memulakan trend gantung CD di leher di negara kita, sehinggakan ramai anak muda terikut. Anda bayangkan, anda gantung CD di leher anda dan berjalan di tempat awam sekarang. Mau kena libas dengan payung. Tapi bagi remaja 90-an, perkara itu normal. Lagipun senang kerana kita ada cermin setiap masa. Waktu tu bukan ada telefon macam sekarang.
Yang kedua, 4U2C menjadi jenama yang besar sehinggakan mereka juga mempunyai rangkaian minuman berkarbonat sendiri, dinamakan sebagai ‘Rap Cola.’ Kami tidak tahu kadar jualannya pada waktu itu, tetapi pada waktu tu – penulis dah berhenti minum Coca-Cola disebabkan Rap Cola.
Yang ketiga, 4U2C menghangatkan trend menggunakan huruf untuk menulis ayat. Jika anda rujuk kembali judul album atau lagu mereka, banyak digunakan teknik serupa. 4U2C, 2BD#1, LOVE 2CU dan beberapa lagi ringkasan popular.
Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang kumpulan ini, tetapi cukuplah untuk penulis katakan kaset mereka masih lagi terjaga rapi. Anggota mereka yan ramai juga entah ke mana, tinggal AC Mizal saja masih bergerak aktif sebagai penghibur, pengacara dan ahli perniagaan.
Sekiranya ada satu perkara yang perlu industri muzik kita tiru kembali, tolonglah banyakkan balik lagu-lagu yang ada dialog macam era ni. Feel dia sedaplah. Macam dengar lagu, tapi ada drama sekali.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Iluminasi