Dunia hiburan memang banyak sekali panc4roba yang perlu dilalui, apatah lagi apabila kita perlu bergelumang dengan banyak anasir burvk yang mampu melekakan kita.
Atas sebab itu banyak pihak akan menasihatkan mana-mana individu di luar sana yang ingin cuba memasuki industri hiburan agar berfikir masak-masak terlebih dahulu atau belajarlah memperkuatkan hati, bagi memastikan kita mampu menangani cubaan yang bakal hadir.
Ramai juga di kalangan artis dan selebriti yang akhirnya layak dikatakan menemui hidayah, men1ngg4lkan terus dunia populariti seterusnya kembali mencari keredhaan Ilahi. Berikut adalah lima yang dapat kami kompilasikan untuk bacaan anda.
1. Ali XPDC
Mohd. Ali Ismail atau lebih terkenal dengan gelaran Ali XPDC, merupakan vokalis kedua kumpulan rock gergasi negara XPDC serta kumpulan lamanya Terra Rossa, yang menggegarkan industri hiburan dengan lagu ‘Bunga Angkasa.’
Mempunyai kemampuan vokal yang unik serta mempunyai identiti sendiri, Ali mula aktif menyertai ceramah-ceramah agama semasa dirinya mencari haluan hidup dan akhirnya menemui ketenangan yang dicarinya.
Peranan beliau sebagai seorang bekas selebriti membuka jalan baginya berdakwah serta sering dijemput untuk berkongsikan kisah-kisah lalu beliau, sehinggalah menemui ketenangan yang selama ini ditagih dirinya. Kini beliau senang bergerak bersama jemaah tabligh menyebarkan ilmu ke serata kawasan.
Malang bagi Ali, dalam sebuah ins1den melibatkan api, dia kini masih lagi menjalani raw4tan pemulihan setelah lebih 30% kulit badannya terb4kar selepas api memb4kar sampah meny4mbar tubuhnya pada bulan April 2020.
2. Bob Lokman
Mengakui dirinya pernah somb0ng semasa zaman kegemilangannya, populariti yang dikecapi oleh Bob Lokman sukar ditandingi individu lain sezamannya.
Kejayaannya sebagai komposer kepada lagu-lagu berh4ntu Malaysia seperti ‘Isabella’ dendangan kumpulan Search, ‘Rendang Tak Berbuah’ nyanyian Hattan dan ‘Taman Rashidah Utama’ untuk kumpulan Wings membuatkan nama beliau mekar di kalangan peminat muzik.
Kerjaya beliau sebagai seorang pengacara serta pelawak terkenal, membawa beliau ke pentas-pentas berprestij dalam industri hiburan tanah air.
Namun bagi Bob, semuanya hanyalah kisah-kisah silam dan kini dia kelihatan selesa menumpukan perhatian pada gerak kerja membabitkan agama – serta turut melibatkan diri dalam politik tanah air.
3. Wardina Safiyah
Semasa awal kemunculannya, Wardina dengan wajah ayunya menjadi bualan ramai jejaka. Penampilan beliau dalam siri ‘Spanar Jaya’ banyak membuatkan jejaka terpukau. Sukar nak jumpa wanita secantik itu mahu berlakon drama komedi sedemikian rupa.
Namun penghijrahan Wardina mengejutkan banyak pihak, men1ngg4lkan dunia ‘glamour’ sepenuhnya sehinggakan dia lebih terkenal antara selebriti paling berjaya mengekalkan pengaruh walaupun sudah berubah imejnya.
Kini Wardina memilih untuk berhijrah menetap di Australia tanah asal ayah kandungnya, sangat aktif bergerak sebagai aktivis serta gemar berinteraksi dalam media sosial.
Atas kelantangannya, ada kalanya pihak-pihak yang tidak berpuas hati sengaja memuat naik semula gambar-gambar dirinya semasa muda, bagi meny4kitkan hatinya. Tak baik la muat naik balik gambar-gambar orang yang dah nekad nak berubah.
4. Irma Hasmie
Di antara semua nama dalam senarai ini, Irma Hasmie kekal sebagai selebriti dakwah yang memainkan peranan yang cukup besar dalam masyarakat kita. Ini kerana dia merupakan antara wajah utama stesen penyiaran Islam TV Al-Hijrah yang kekal utuh menerbitkan rancangan bermanfaat.
Namanya dalam bidang hiburan mula mekar selepas dia berjaya membintangi beberapa buah filem serta drama, serta terpilih menjadi peragawati semasa era ‘free hair’ beliau.
Hidayah untuk belajar menutup aurat mula berlaku kepada dirinya dalam beberapa tahun, sebelum menemui keberanian menampilkan dirinya di khalayak ramai dengan mengenakan tudung sekitar tahun 2011 semasa kehadiran beliau ke majlis Anugerah Bintang Popular.
Kehadiran jodoh yang memperkuatkan pegangan serta dibantu sokongan keluarga yang gembira dengan perubahan itu, meletakkan Irma sebagai salah seorang ikon muslimah paling berpengaruh yang patut dijadikan contoh kepada anak-anak gadis, dalam mencari keredhaan yang hakiki.
5. Farra
Farra mungkin nama yang asing kini tetapi satu masa dahulu, beliau adalah ratu pop muzik tanahair dengan lagu popularnya ‘Bagaikan Puteri’ menjadi runut bunyi rasmi gadis-gadis remaja dan pemudi.
Sangat lincah menari serta cekap mengemudi koreografi di atas pentas, perubahan diri wanita berlaku kepada Farihah Mohamed Arshad, yang kini selesa menyelubungi dirinya serta cukup gemar berniqab.
Sudah berusia 40-an, Farra mengambil keputusan men1ngg4lkan dunia hiburan sudah hampir dua dekad lamanya menceburi bidang pendidikan pra sekolah, mengajar mengaji serta menjadi fasilitator program-program keagamaan seperti kursus pengurusan jen4zah muslimah.
Berbeza dengan nama lain dalam senarai ini, Farra memilih untuk kekal low-key dan ada kalanya ahli masyarakat sendiri tidak menyedari, yang bersama mereka dalam program keagamaan adalah penyanyi lagu ‘Bagaikan Puteri.’
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Iluminasi