Setiap manusia di atas muka bumi Tuhan jadikan berbeza-beza jalan hidupnya. Kadangkala, sesetengah kelompok masyarakat terpaksa mengharapkan belas ihsan daripada orang lain gara-gara kedaifan hidup. Begitulah juga dengan kisah seorang warga emas yang tular suatu ketika dahulu.
Andaiterjadi sesuatu hanya tawakal sahaja..
Menerusi laman Twitter, gadis bernama Nafeeysa ceritakan kembali pengalamannya bertemu dengan warga emas tersebut yang meminta bantuannya pulang ke rumah di Sungai Siput. Menurutnya, Pak Aid telah dit1pu dan ditinggalkan oleh seseorang di tepi jalan. Biarpun terpalit rasa was-was, namun Nafeeysa tetap tawakal dalam meneruskan niat murninya membantu lelaki tua itu.
Malam tadi memang tak pernah duga akan lalui pengalaman macam tu, syukur allah permudahkan segalanya.
Betul kata orang, kita kena kawal diri daripada berprasangka buruk dekat orang lain and jangan menilai orang dari apa yang kita nampak.
baca lah thread ni kalau rajin😊 pic.twitter.com/o4P1m0o8M0
— Nafeesya (@Nafeesya1) September 22, 2020
Biasalah anak-anak bila dah kahwin, kita dah takda hak atas mereka..
Warga emas berkenaan memberitahu yang dia ada enam orang anak, namun tiada seorang pun yang mempedulikannya. Manakala isterinya pula dihantar ke sebuah pusat perubatan psikiatri. Gara-gara menetap sendirian serta hidap masalah penglihatan dan pendengaran, pak cik terbabit terpaksa minta ihsan orang ramai demi melangsungkan hidupnya.
— Nafeesya (@Nafeesya1) September 22, 2020
— Nafeesya (@Nafeesya1) September 22, 2020
Dia turun dari kereta & terus masuk hutan gelap, lampu pun takda..
— Nafeesya (@Nafeesya1) September 22, 2020
Tidak lama selepas itu, Pak Aid minta mereka menurunkannya di tepi jalan kerana hampir sampai. Bagaimanapun terdetik rasa kasihan dalam diri Nafeesya saat melihat keadaan warga emas berkenaan yang begitu uzur berjalan kaki membolosi hutan gelap.
kami record setiap conversation dari pergi sampai balik pic.twitter.com/f9gXfTm5UH
— Nafeesya (@Nafeesya1) September 22, 2020
luckily pakcik ni rajin bersembang, dia suka bercerita. time tengah diam tu tetiba dia mintak izin nak menyanyi, tapi dia nyanyi lagu nasyid. Tapi tu lah time tu kami jadi auto fikir dia kurang waras, allahu😌 pakcik cakap anak anak buang dia, bini dia dkt hospital gila 😌😌 pic.twitter.com/d70lnqcMYx
— Nafeesya (@Nafeesya1) September 22, 2020
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : www.updateberitaharian.site