KUALA LUMPUR: Dikurniakan cahaya mata lelaki, Jumaat lalu, pelawak Ali Puteh mengabadikan ‘Umar’ seperti nama sebenar Allahy4rham Abam kepada permata hatinya itu.
Ali atau nama penuh, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, berkata, nama Syed Umar Iskandar yang diberi kepada anak lelakinya itu mirip nama arw4h Abam, iaitu Syed Umar Mokhtar.
“Kebetulan ketika isteri h4mil, arw4h Abam meninggalkan kami. Apabila bers4lin, kami dapat anak lelaki.
“Jadi, saya berbincang dengan isteri dan emak untuk mengambil nama arw4h dan mengabadikan nama itu kepada bayi yang baru dilahirkan ini.
“Apabila semua bersetuju, nama ‘Umar’ diambil lalu jadilah Syed Umar Iskandar. Nama Umar juga ada kaitan dengan dengan sahabat Nabi Muhammad SAW,” katanya kepada BH Online.
Ali berkata, isteri, Melati Fitri dan ahli keluarga yang lain pasti terkenangkan arw4h Abam apabila anak mereka juga dinamakan Umar.
“Arw4h Abam selalu bersama kami. Ingatan kami terhadap arw4h tidak akan terhakis. Rindu kami kepada arw4h tidak pernah berpenghujung.
“Malah, nama dua anak saya sebelum ini juga diberikan arw4h Abam,” katanya.
Tambah Ali, jika arw4h masih hidup, pasti dia sibuk menguruskan banyak perkara demi kesenangan orang lain.
“Rasa macam arw4h masih ada dalam setiap momen yang dilalui kami. Tapi, ternyata, Allah lebih menyayanginya,” katanya.
Ali dan isteri sebelum ini diuji apabila anak perempuan kedua, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang berusia tiga bulan, men1ngg4l dunia akibat kompl1kasi jantung.
Selain Allahy4rham Sharifah Nur Ainul Mardhiah, Ali dan Melati yang mendirikan rumah tangga pada 2016, dikurniakan anak sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireen berusia tiga tahun.
Allahya4rham Abam men1ngg4l dunia di rumahnya di Gombak, Februari lalu.
Sumber : BH Online