Seorang kanak-kanak aut1sme bernama Wan Aiman sering menjadi perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sejak beberapa tahun lalu.
Ini kerana kanak-kanak berusia 14 tahun tersebut tidak lupa mengikuti perkembangan terkini bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu selain memberikan warkah tulisan tangan apabila bertemu.
Terbaru, Wan Aiman atau nama penuhnya Wan Azmeen Aiman Wan Awat memberikan sepucuk surat kepada beliau selepas sesi kuliah di sebuah surau di Bandar Baru Bangi, Selangor semalam.
Wan Aiman suka tulis surat kepada saya
Menerusi warkah tersebut, anak bongsu dari empat beradik itu memohon Dr Zulkifli mendoakan ibu bapa yang mempunyai anak aut!sme supaya terus sabar dalam membesarkan anak istimewa.
“Saya amat terharu dengan kepercayaan dan harapan yang beliau berikan kepada saya. Saya doakan anakanda Aiman membesar…
“…menjadi anak yang soleh, bijak, dan membanggakan kedua-dua ibu bapa bila dewasa nanti,” kongsi Dr Zulkifli.
Pertama kali bertemu pada 2017
Ketika bertemu pada 2018
Tk anakanda Wan Azmeen Aiman atas hadiah dan sepucuk surat yg diserahkan malam td. Moga Allah SWT mengabulkan hasrat anak istimewa autisme ini. Selalu menerima surat yg beliau tulis. Saya dimaklumkan beliau sentiasa ikuti kuliah saya di Youtube. pic.twitter.com/mKeHrXsA5o
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) August 3, 2018
Pertemuan tahun lalu
Anakanda Aiman selalu mengirim surat kepada saya. Kadangkala beliau menghantar mesej kepada saya melalui Istagram. Beliau anak autisme yang istimewa, sangat pandai dan selalu mendengar kuliah saya. Ini surat terbaru beliau yg diberi tadi. Sama-sama doakan adik Aiman berjaya. pic.twitter.com/PrigBocYuT
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) February 1, 2019
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/