Meskipun jarak usia 17 tahun, namun ia tidak menghalang pelakon muda Harris Alif dan Intan Ladyana untuk menjalin hubungan cinta, malah Intan tetap positif dengan pilihan hatinya itu.
Bagaimanapun, Intan berkata buat masa ini dia tidak selesa untuk berkongsikan secara terperinci mengenai hubungan mereka secara terbuka kerana bimbang hubungan tersebut tidak berakhir seperti yang diinginkan.
“Kenal dah lama tapi mula rapat awal tahun ini. Baru beberapa bulan lalu kami bercinta. Kalau ada (bakal berkahwin) mesti akan beritahu. Tak mungkin saya tak nak beritahu.
“Sejak dariapda dulu saya suka keep in private. Tiba-tiba kalau tak jadi nanti malu. Lebih baik diam. Tak selesa cerita pasal peribadi. Bercinta dengan lelaki beza umur ni tak salah. Sebab tu saya ambil pendekatan tak cerita sangat,” katanya.
Dalam pada itu, Intan berkata meskipun Harris lebih muda daripadanya namun teman lelakinya itu seorang yang matang dan sifat itu yang membuatkan dirinya tertarik dengan pelakon berusia 21 tahun itu.
“Dia lebih matang daripada usianya dan senang nak berkomunikasi. Dia faham apa yang kita nak sampaikan. Selalunya perbezaaan umur ini susah nak berkomunikasi tapi dengan dia tidak.
“Dia tak macam lelaki yang sebaya dengannya. Saya pun baru mengenali dia, jadi tak tahu sangat lebih mendalam mengenai dia. Kita pun belajar benda baru daripada orang lain.
“Memang tak ada masalah, kalau dah itu jodoh..lebih tua ke atau muda, nak buat macam mana. Tapi kalau dah memang ada keserasian dengan orang lebih berusia atau muda saya okay saja,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Rotikaya