Kluster Bangau-Bangau merisaukan, v1rus sudah tersebar dalam komuniti – KKM

PUTRAJAYA – Ujian saringan untuk Kluster Bangau-Bangau telah diperhebatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Semporna, Sabah kerana khuatir lebih ramai mungkin dikesan j4ngk1tan c0v1d-19.

Ini kerana KKM bimbang v1rus kluster itu sudah mereb4ak secara meluas dalam kalangan komuniti di perkampungan dan daerah Semporna.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penelitian pihaknya terhadap kluster itu mendapati trend kenaikan kadar positif kawasan itu sangat membimbangkan kerana menunjukkan trend kebarangkalian kadar j4ngk1tan 65.5 peratus.

“Setakat ini 421 individu telah disaring dan 276 daripadanya disahkan positif c0v1d-19 Kluster Bangau-Bangau. Kluster Bangau-Bangau membimbangkan kami sebab v1rus sudah berada dalam komuniti dan menjejaskan ramai invididu.

“Jadi aktiviti saringan dilaksanakan di kawasan itu dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau sehingga 12 Oktober ini,’ katanya dalam sidang media c0v1d-19 hari ini.

Menurut Noor Hisham, dalam seminggu lagi, petugas kesihatan akan meningkatkan saringan ke setiap kampung, individu dalam komuniti kampung membabitkan kluster Bangau-Bangau.

Ujar beliau, mengikut penanda aras Pertubuhan Kesihatan Sedunia sekiranya kadarnya 60 peratus ke atas maka ia bermaksud ramai invidu positif dan perlu disaring.

“Sehubungan itu, kita akan mempergiatkan ujian saringan itu terhadap merekadan kes positif yang dikesan akan dikuarantin segera untuk rawatan lanjut,” katanya.- MalaysiaGazette

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : wowberita