Dipanggil Anj1ng Di YouTube, Veveonah Tenang Minta ‘Keyboard Warrior’ Hentikan Bvli Siber

 Menjadi perhatian orang ramai terutamanya netizen di media sosial bukanlah perkara yang senang untuk dilalui oleh sesiapa sahaja.

Walaupun kebanyakan masa ia dipenuhi dengan pujian dan kata-kata semangat – ada ketikanya media sosial juga boleh menjadi tempat yang sangat gelap buat sesetengah individu.

Dan perkara itu turut berlaku kepada Veveonah Mosibin – yang tular dengan kisahnya menjawab peperiksaan di atas pokok di sebuah perkampungan di Sabah sebelum ini.

Melalui satu perkongsian yang dibuat di Facebook pada semalam, Veveonah berkongsikan komen yang diterima di laman YouTube miliknya baru-baru ini yang berunsurkan bvli dan mengandungi kata-kata kesat termasuk memanggil dirinya anji1ng.

Kec3wa dengan komen yang ditinggalkan ‘keyboard warrior’ itu, Veveonah kemudiannya berkongsikan perkara tersebut bersama pengikutnya di Facebook.

Bukan sahaja berkongsikan tangkap layar komen membuli tersebut namun Veveonah pada masa sama turut memberikan pesanan buat mereka yang sentiasa membvli orang lain di alam maya.

“Saya bangun dengan melihat notifikasi ini. Tolong, hentikan bvli siber.

“Jangan suka menghakimi orang lain, jangan sebarkan kebenc1an.

“Kalau anda tertekan, dapatkan bantuan orang yang anda boleh percaya dan keluarga. Cuma jangan s4kiti orang lain,” balasnya dengan tenang.

Kisah Veveonah mula tular sejak pertengahan tahun ini di media sosial dan mendapat liputan luas media seluruh negara dan pihak universiti yang dihadirinya.

Walaupun berdepan pelbagai kec4man dan pujian daripada netizen sebelum ini namun Veveonah seperti dalam respon yang diberikannya masih kelihatan tenang menjawab segala tudvhan dan cac1an yang diberikan kepadanya.  

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://mykmu.net/