GELAGAT seorang pakcik ini membawa sebungkus makanan setiap hari sering menjadi tumpuan.
Lebih-lebih lagi selepas dia tiba-tiba menjerit melaungkan nama Titi, Titi, Titi…Semua yang melihatnya terkejut apabila dikerumuni puluhan burung merpati.
Itulah pakcik berhati mulia yang dikenali dengan nama Hasfani yang suka berkongsi rezeki dengan puluhan burung merpati sejak lebih 19 tahun. Lama betulkan?
Panggilan Titi merupakan ringkasan nama merpati yang menjadi perhatian ramai termasuk seorang pemilik akaun Twitter, Fariz Ikhwan yang berkongsi video lelaki itu melalui media sosial yang tular baru-baru ini.
Video berdurasi 48 saat itu menunjukkan Pakcik Hasfani melaungkan nama Titi sebelum sekumpulan burung merpati mengerumuni beliau.
Seolah-olah sudah faham rezeki menanti, burung-burung itu berkumpul bersama sebelum ditaburkan makanan.
Nice gila macam Aquaman panggil ikan dahh 😍🦅
📍Hussain Nasi Kandar, Sungai Petani pic.twitter.com/2t4GPWbG7i
— Fariz Ikhwan 🇲🇾 (@fariz96ikhwan) October 5, 2020
Rata-rata warganet yang mengikut perkongsian video itu mengenali pakcik yang bekerja di restoran makanan tersebut.
“Kalau beli barang kat sri gawa selalu nampak pakcik ni,” – @fakhriraid_
“Masya-ALLAH, berapa banyak doa burung ni semua utk pakcik ni.” – @waidawhd
“Rezeki Tuhan itu benar! Besaq pahala bagi makhluk Tuhan makanan. Aku pi pagi-pagi Hussain. Aku nampak sekali dengan pak aku pak long ni orang berhenti moto tepi pak long ni. Lepaih tu bagi duit kat pak long ni. Mungkin dia suruh bagi makanan kat burung-burung tu? maybe?.” – @AfafAsyraf
“Aku selalu terfikir kenkadang burung datang banyak2 ni mesti Allah akan hantar 1 malaikat yg boleh menyerupai (dengan kuasaNya) nak tengok kebaikan hambanya dengan binatang lain jugak. Wallahualam :).” – @AnisNabiloss
Ya, dari segi Islam, perbuatan memberi makanan kepada makhluk ciptaan ALLAH SWT, besar pahala.
Tidak rugi untuk kita berbuat baik kepada manusia waima pada haiwan pun.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar