MERAK Jalanan terkejvt apabila membaca kisah penceramah popular Ebit Lew dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.
Tak sepatutnya orang di institut pengajian tinggi yang tinggi inteleknya bergeseran dengan tokoh agama sehingga terbawa-bawa ke peringkat orang awam.
Lebih duk4cita kenyataan demi kenyataan dibuat untuk menjadi tontonan pengguna media sosial dan buah mulut orang ramai.
Sedangkan semua orang tahu, hakikatnya ribuan siswa di puluhan universiti sedang bergelut dengan masalah pendaftaran yang dibatalkan pada saat-saat akhir gara-gara peningkatan kes Cov1d-19.
Bagi Merak Jalanan, dalam situasi sukar ketika ini atas semangat rakyat dan jiwa Malaysia, kita perlulah sama-sama saling membantu bukannya berb4lah.
Merak Jalanan tidaklah menyebelahi mana-mana pihak tetapi bak kata peribahasa ‘lemah menapis, condong menopang’.
Sepatutnya kalau ada perkara tak jelas atau tak sealiran pandangan bawa-bawalah duduk berbincang secara harmoni.
Mujur perbal4han tersebut tidak berlanjutan. Sejak semalam segala yang kusut telah pun terlerai.
Malah bukan setakat perkhidmatan bas balik kampung yang warga UPSI dapat, khabarnya Ebit turut menawarkan kepakaran beliau dalam bidang sukarelawan.
Sesungguhnya dalam waktu sukar ini kita bukanlah mencari siapa hero untuk menjuarai isu Cov1d-19, sebaliknya inilah masanya untuk kita lebih bersatu dan lebih prihatin.
Kepada Ebit, semoga dugaan-dugaan seperti ini tidak melemahkan semangat beliau untuk terus menghulurkan bantuan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar