Menerusi perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September yang lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN) bagi mengurangkan beban yang ditanggvng oleh rakyat akibat pandem1k C0vid-19.
Bantuan BPN 2.0 ini akan mula dibayar secara ansuran bermula hujung bulan Oktober 2020 dan pada bulan Januari 2021.
Infografik: Jabatan Penerangan Malaysia
Bantuan Prihatin Nasional 2.0 bakal diterima oleh 10.6 juta pemohon dengan jumlah bajet sebanyak RM 7 billion diperuntukkan. Golongan B40 dan M40 yang bujang ataupun sudah mendirikan rumah tangga layak mendapat bantuan ini.
Pemohon tidak perlu membuat permohonan semula bagi mendapatkan bantuan BPN 2.0 ini. Pihak kerajaan turut memberi peluang kepada mereka yang tidak pernah mendapat BPN untuk melakukan rayuan dan permohonan baru.
Infografik: Lembaga Hasil Dalam Negeri
Kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 yang mencatatkan ser4mai 3.7 juta isi rumah. Kumpulan kedua RM500 kepada 3.8 juta (B40 bujang), ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta (M40). Kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 buj4ng yang akan menerima RM300.
Infografik: Irujukan
Duit BPN 2.0 ini akan mula dikreditkan kepada mereka yang layak bermula hujung Oktober 2020 dan pada Januari 2021. Pembayaran BPN akan dibayar secara ansuran sebanyak dua kali.
Bayaran BPN 2.0 ini akan terus dikreditkan ke akaun yang telah berdaftar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi individu yang mempunyai akaun bank.
Manakala, bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut duit bantuan tersebut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.
Gambar sekadar hiasan
Pemohon boleh membuat permohonan BPN 2.0 menerusi laman web Lembaga Hasil atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Bagi permohonan rayuan BPN ini boleh dimohon bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020.
Kredit: Lembaga Hasil Dalam Negeri, Irujukan & Jabatan Penerangan Malaysia
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : PenMerah