Jiran g4duh sebab buang sampah merata, sekali pemilik sampah sendiri tampil rupa-rupanya..

Isu pembu4ngan sampah dari penghuni tingkat atas bukanlah perkara baru buat mereka yang tinggal di kawasan perumahan bertingkat seperti flat dan apartment. Adakalanya masalah tersebut seperti tiada penghujung meskipun sudah diberi nasihat.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Van J Edward berkongsikan kisah mengenai pertelingkahan tiga penjuru antara jiran-jirang mengenai sampah berupa seluar dalam yang dibu4ng daripada tingkat atas.

Menurutnya, pertelingkahan bermula apabila m4ngs4 terp4ksa menerima sampah di tingkat bawah itu menghantar satu nota dan membungkus kembali seluar dalam yang dibu4ng itu yang disangkakan dibu4ng oleh penghuni yang berada di aras atasnya.

“Hi, kami minta jasa baik untuk tolong berhenti membu4ng sampah anda ke bawah rumah kami.

“Rumah kami bukan tempat pembu4ngan sampah, tolong jadi orang yang bertamadun dan menghorm4ti orang lain. Kami percaya awak ada tong sampah sendiri untuk membu4ng sampah,” tulisnya.

Bagaimanapun, jiran aras atas yang menerima bungkusan tersebut binggung dan membalas kembali dan mengatakan bahawa seluar dalam tersebut bukanlah miliknya seperti yang didakwa.

Jiran tersebut juga turut men1ngg4lkan nota menegaskan seluar dalam yang ditinggalkan dalam peti suratnya itu bukanlah datang daripada rumah mereka.

“Saya harap selepas ini mungkin pihak tuan boleh selidik dulu dari mana ‘sampah’ ini datang dan bukan terus tujukan kepada unit kami. Sekian, terima kasih,” balas penghuni kedua.

Pemilik seluar dalam berkenaan masih tidak diketahui apabila jiran dari tingkat atas menafikan perkara itu.

Namun tidak lama kemudian seorang lagi jiran atau penghuni ketiga akhirnya tampil mengaku seluar dalam yang menjadi punca pertelingkahan tadi adalah miliknya.

Namun apa yang menjadi tumpuan, selain momohon maaf kerana menjadi punca pertelingkahan tersebut penghuni tersebut turut menjemput kedua penghuni berkenaan berdamai dengan menikm4ti KFC bersama-sama.

“So sorry abang-abang g4duh sebab spender saya. Cerita sebenarnya adalah saya jemur spender saya pada waktu siang, malangnya angin very kuat dan menyebabkan spender saya ter-fly (terbang) ke unit m4ngs4.

“Lagipun saya hanya tahu spender Uniqlo saya hilang pada hari kedua. Bukan salah penghuni pertama dan penghuni kedua. Salah angin kuat.

“Sebagai tanda kemaafan saya ingin menjemput abang-abang untuk makan malam KFC secara percuma,” tulis penghuni ketiga.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan drama ‘tiga jiran’ itu. Malah, ramai yang memuji ketiga-ketiga mereka yang masih menjaga adab dan berbudi bahasa meskipun berdepan maasalah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!  

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

SUMBER: Facebook