Guna Selebriti Artis Cuci DuitH4ram, Ketua Pesuruhjaya SPRM Ded4hkan Dia Sudah Ada Senarai Nama, Minta Tampilkan Diri

“Saya tidak mahu membuat spekulasi siapa yang akan dipanggil, namun siapa yang makan cili pasti rasa pedas,” kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata demikian berhubung berapa ramai selebriti dan ahli perniagaan yang berada dalam radar agensi terbabit susulan terbongkarnya kegiatan ‘cuci’ duit h4ram diperolehi daripada sindiket pen1puan Macau Scam serta jvdi dalam talian membabitkan golongan itu.

Azam mended4hkan sindiket terbabit menyerahkan wang dalam bentuk tunai kepada individu terbabit untuk ‘dicuci’ menerusi operasi perniagaan sah.

“Dalam k3s sebegini, ada juga sindiket yang bertindak sebagai peminjam seperti along kepada individu berkenaan. Dari segi luaran, perniagaan itu mungkin nampak ia adalah sah melalui perolehan perniagaan tetapi ia adalah sebaliknya,” katanya dalam temu bual secara langsung pada slot ‘SPRM 360’ di MACCfm.

Sehubungan itu, SPRM meminta individu yang pernah menerima wang daripada mereka yang ditahan agensi terbabit tampil memberi kerjasama bagi membantu siasatan.

Azam berkata, pihaknya mempunyai senarai individu yang dipercayai dengan kegiatan itu.

“Mereka yang mungkin pernah menerima (dana) daripada individu yang ditahan itu diminta tampil sebelum mereka dipanggil.

“Tidak perlu tunggu untuk dipanggil sebaliknya tampil beri kerjasama kepada kami dan kami akan melayan mereka dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, sias4tan rumit dan beliau berharap orang ramai bersabar kerana SPRM masih lagi mengesan banyak aset yang dipercayai sudah digubah.

“Dalam sias4tan ini didapati beratus-ratus syarikat ‘dummy’ yang sengaja diwujudkan untuk menyalurkan wang har4m ini,” katanya.

ANTARA kenderaan yang dirampas SPRM dari beberapa individu dipercayai terbabit dalam sindiket `cuci duit' dikaitkan dengan perniagaan golongan artis.

Menurutnya, seramai lapan pegawai kerajaan dari agensi penguat kuasa sudah dit4han dan sedang disi4sat kerana disy4ki memberi perlindungan kepada mereka yang terbabit dalam kegiatan ini.

“Setakat ini seramai 11 rakyat tempatan dan seorang warga China dit4han dan dalam sias4tan,” katanya.

Beliau berkata, SPRM sudah menyita wang tunai berjumlah RM5 juta dipercayai terbabit dalam sindiket ‘cuci duit’ dikaitkan dengan perniagaan golongan artis selain merampas 23 kenderaan mewah.

“Sebanyak 23 kenderaan mewah dirampas yang mana pada kami ini adalah hasil daripada kegiatan har4m yang dimiliki pihak terbabit dalam pen1puan, antara kenderaan mewah itu ialah Bentley, Mustang, Rolls Royce, Ferrari, Lamborghini, Porsche, GTR, dan beberapa motosikal berkuasa besar.

“Setakat ini, SPRM sudah membekukan 730 akaun bank membabitkan RM80 juta,” katanya.

Azam berkata, SPRM juga miliki senarai nama selebriti untuk hadir bagi memberi keterangan dan bantu siasatan k3s ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai taktik perdaya dan menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit har4m melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Itu antara kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan har4m termasuk perjud1an sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.

Kaedah itu dianggap mampu mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama.

Bagaimanapun, kegiatan mereka itu dik3san Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Har4m (AML) SPRM hasil risikan dan sias4tan dijalankan sebelum lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri ditahan.

Kredit:HMETRO

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/