Baru Je Setahun Kahwin, Sekali Zamani Slam Dedah Penyakiitnya

LEBIH setahun bergelar suami kepada Nur Juliana Abdul Rani, penyanyi Zamani (Slam) meluahkan rasa syukur kini melayari kehidupan yang bahagia dan teratur.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 49, berkata, s4kit tulang belakang yang dialaminya juga kini semakin menunjukkan peningkatan yang baik.

“Alhamdulillah… keadaan saya okay saja dan bersyukur selepas kahwin ini dah ada orang jaga. Nasib baik juga saya berkahwin sebelum pandemik Cov1id-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kalau tidak, sebelum ini duduk rumah seorang diri.

Zamani dan isteri berkahwin pada September tahun lalu.

“Cuma masalah dari segi kesihatan saja. Sekarang ini saya masih jalani raw4atan chiropractic Saya harap-harap okay sebab nampak ada progres. Tapi bila dah mula banyak kerja nanti, saya tak tahu lagi macam mana.

“Sekarang ini banyak berada di rumah berehat saja. Insya-Allah harap tiada masalah,” kata Zamani kepada mStar.

Zamani ditemui ketika sidang media Konsert Slam Mentari Muncul Lagi di Meeting Room, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Rabu.

Bagi saya, masalah sak1it tulang belakang ini tidak akan mengg4nggu prestasi saya.

ZAMANI

VOKALIS SLAM

Penyanyi itu selamat bergelar suami kepada Nur Juliana Abdul Rani, 36, dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 20 September tahun lalu.

Selepas hampir tiga tahun tiada persembahan berskala besar, kumpulan Slam akhirnya bakal beraksi dalam sebuah konsert pada 17 Januari 2021.

Untuk makluman, konsert Slam Mentari Muncul Lagi menawarkan tiket berharga RMM700, RM360, RM260, RM200, RM160 dan RM130.

Dalam pada itu, Zamani memberitahu masalah kesihatan yang dialaminya itu tidak akan meng4nggu persiapan dan prestasinya untuk konsert tersebut.

Dari kiril; Shah, Zamani, Eddie dan man.

Malah, Zamani juga akan memastikan kesihatannya dalam keadaan tahap yang paling baik pada malam konsert tersebut agar dia dan ahli kumpulan dapat memberikan semula kegemilangan Slam.

“Walaupun tahap kesihatan saya tidak berada dalam keadaan 100 peratus baik, namun ia tidak meng4nggu persiapan saya untuk konsert ini. Bagi saya, masalah s4kit tulang belakang ini tidak akan mengg4nggu prestasi saya.

“Saya cuba pastikan pada malam konsert itu nanti kesihatan saya berada dalam tahap paling baik. Kami harap dapat kembalikan semula kegemilangan Slam,” ujarnya.

Selain Zamani, Slam yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu turut dianggotai oleh Shah (gitar utama), Man (pemain dram) dan Eddie (keyboard).

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar via MediaViral