Drama Bukan Gadis Biasa diterajui Ayda Jebat dan Remy Ishak menjadi bualan hangat penonton atas beberapa isu antaranya komen netizen berkenaan kualiti suntingan dan pemilihan pelakon tidak realistik. Turut terkena tempi4s adalah watak antag0nis lakonan Nazim Othman sebagai Amer. Siap sanggup mesej Nazim lagi tu!
Didoakan menerima balasan kejah4tan
Nazim berkongsi satu mesej diterimanya menerusi direct message (DM) Instagram yang mendoakan supaya dia menerima balasan atas ‘kej4hatan’ dilakukan dalam drama berkenaan. Tambah individu itu lagi, walaupun hanya drama, Nazim tetap telah meluk4kan dan meny4akiti hati penonton.
Selain meminta aktor tersebut bertaubat, individu itu juga mempersoal jika Nazim tidak terdetik rasa kesal kerana telah membuatkan penonton s4kit dan sed1h.
Nazim turut bertanya pandangan pengikutnya sama ada pelakon perlu melakonkan watak baik semata untuk dihargai penonton. Setakat ini pos berkenaan meraih lebih 16 ribu likes dan tidak kurang 1 ribu komen.
Watak Amer dipuji berkesan
Walaupun didoakan sedemikian rupa, tidak sedikit peminat drama ini yang memuji lakonan Nazim. Mereka berpendapat mesej tersebut adalah bukti watak Amer yang penuh tipu muslihat itu berjaya disampaikan dengan baik olehnya.
Terhibur dengan tindakan penonton
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak via MediaViral