Uqasha Kngsi Gambar Mesra Bersama Kamal Adli, Sekali Netizen Perasan Sesuatu

Kuala Lumpur: Biarpun digosipkan bercinta dengan pelakon Kamal Adli, Uqasha Senrose enggan membuka mulut mengenai kisah cintanya.

Uqasha berkata, dia hanya akan berkongsi kisah peribadinya pada masa yang tepat.

“Soal jodoh, aj4l, m4ut itu semua di tangan Tuhan. Cepat atau lambat Dia saja yang tahu. Ada orang berkawan hari ini, esok sudah berkahwin kerana sudah sampai waktunya.

“Begitu juga dengan sesetengah individu yang ingin mengenali hati budi dulu selepas sudah melalui macam-macam fasa dalam hidupnya. Ia terpulang kepada pendirian masing-masing. Macam saya, biarlah kisah cinta saya kekal menjadi rahsia. Biar betul-betul jadi kahwin dengan individu yang tepat baru saya akan kongsikan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Uqasha, dia enggan lagi terlalu menghebahkan kisah peribadinya kepada umum selepas melalui bermacam pengalaman dalam hidup.

“Saya banyak belajar dari pengalaman. Kalau tiada pengalaman saya tidak mungkin mampu menjadi seorang yang lebih baik.

“Jadi sebagai manusia kita harus berwaspada dalam setiap apa yang kita lakukan. Jangan ulangi perkara sama, kesilapan sama dan memilih dengan siapa kita patut berkawan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Uqasha kini sedang membintangi drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa bersama Kamal arahan Michael Ang.

Terbaru Uqasha kongsi gambar mesra bersama kamal adli tarik perhatian ramai

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#Rizal #Lily #perempuantanpadosa #uqashasenrose #kamaladli @luqmanhere2 📸

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on

KOMEN NETIZEN :

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM via MediaViral