Setiap wanita pasti akan merasai perasaan begini. Perubahan fasa kehidupan daripada single, berkahwin dan mempunyai anak. Bila tiba giliran anak pula mendirikan rumah tangga perasaan seorang ibu pasti berbaur gembira, teruja dan sed1h. Ini diakui sendiri oleh pelakon popular, Jasmin Hamid apabila anak sulungnya berkahwin dengan pilihan hati.
“sed1h itu satu fasa yang ibu bapa akan lalui apabila anak mereka membina kehidupan sendiri. Saya tak terkecuali. Raya nanti pun pasti saya kena terima hakikat yang ia takkan macam dulu lagi. Anak saya sudah ada keluarga mentua di Kelantan. Kenalah berbahagi kasih sayang,” tutur Jasmin yang mengakui bukan mudah melepaskan anak tersayang membina mahligai kehidupan sendiri.
Menurut Finalis Dewi Remaja 1990/91 ini, majlis pernikahan anak lelaki yang telah dijaga sejak usia 2 bulan itu diraikan secara kecil-kecilan di Kuala Krai, Kelantan. Anak lelakinya, Lukman Hakim Azmi selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nor Faezah Abdullah. Memang selama ini pelakon yang mula menceburkan diri dalam dunia lakonan seawal usia 17 tahun itu tidak pernah berselindung tentang anak-anaknya.
Di saat gembira menerima menantu, pelakon drama 7 Hari Mencintaku musim kedua itu terkenangkan kedua-dua arw4h ibu bapanya. “Baba dan Mama lebih dulu men1ngg4lkan kami. Jadi mereka tak dapat melihat detik bahagia ini.
Anak sulung saya juga tak dapat membendung air matanya kerana mengenakan arw4h nenek dan datuknya. Tapi saya bersyukur dapat menjalankan satu tanggungjawab yang arw4h ibu bapa saya amanahkan. Bukan mudah, namun beginilah kehidupan,” kata Jasmin Hamid pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 1997.
Bercerita tentang perkahwinan yang berlangsung ketika perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), “Pada majlis serba sederhana itu, hanya 100 orang saja tetamu diraikan mempelai. Kita tahu dengan norma baharu ini ada saja batas yang perlu dipatuhi.
Termasuklah yang membabitkan prosedur operasi standard (SOP) Memang tak boleh buat majlis membabitkan ramai orang,” kata Jasmin Hamid. Kedua-dua anaknya iaitu r0hanna dan Ian Haziq turut menyaksikan majlis pernikahan abang mereka.
Dengarnya kalau nak cari deko untuk majlis perkahwinan yang cantik dan murah boleh tengok kat sini.
Sumber: Berita Harian
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Nona