Personaliti media sosial, Hafiz Mahamad menerima kec4man netizen selepas memuat naik kenyataan berhubung keputusan Sijil Pelajaran Malaysia miliknya baru-baru ini.
Menerusi kenyataan terbabit, Hafiz menyifatkan dia diterima seadanya oleh isteri, Syafiqah Aina biarpun tidak cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
“Siapa gagal SPM? Chill! Abang punya result lagi gagal tapi nasib baik girlfriend terima abang seadanya.
“Bila abang tanya kepada GV abang nak stay dengan budak gagal SPM ni, dia jawab budak kelas depan banyak nerd tapi belum tentu baik dan kaki game,” tulisnya sekitar Mac lalu.
Status terbabit ditularkan kembali oleh netizen hingga mencetuskan perbal4han dan menganggap kenyataan terbabit seperti menormalisasikan bahawa SPM tidak penting.
Malah, ada yang menyifatkan teman hidup menerimanya bukan berlandaskan keputusan SPM tetapi rupa dan keduduk4nnya sekarang.
Justeru, Hafiz tampil menjelaskan maksud di sebalik posting terbabit bagi mengelakkan perselisihan pendapat.
“Terkejut pagi ni, posting tentang SPM saya disalah ertikan yang saya influence generasi muda SPM/pendidikan tu tak penting. Posting tu dah lama. It’s okay, bukan salah mereka. Saya yang kena terangkan.
“Saya memang teruk SPM, saya memang malas belajar. Teruk tu hasil dari diri sendiri. Ketika itu, saya tak rasa kec3wa langsung sebab saya memang rasa diri ni tak pandai langsung.
“Selepas SPM, saya dapat tengok mama abah saya kec3wa sangat. Ada juga, kawan kawan mama abah mula bandingkan anak mereka dengan saya. Dekat situ saya rasa “aku kena bangkit” untuk bagi mama abah happy balik,” katanya.
Hafiz kemudiannya menyambung pengajian dalam diploma pengurusan akaun di Politeknik Muadzam Shah dan memperoleh keputusan cemerlang ketika itu.
“Dekat sini, saya nampak sesuatu. Allah jadikan kita bukan tak pandai dan sia sia. Kita semua ada kelebihan, cuma kena kerja sikit je untuk bangkit balik.
“Kalau saya rasa pendidikan tu tak penting, saya tak sambung belajar. Pada saya ‘Duit & Sijil’ adalah satu benda yang sama (kertas).
“Tapi duit tak bahagiakan mama abah saya, 1 sijil ni yang buat mereka bangga. Itu kenapa saya balas balik gagal tadi ke result yang baik.
“Saya posting tentang SPM setiap tahun, kenapa? Posting saya adalah untuk orang yang result teruk. Saya ada dalam situasi mereka dulu dan saya faham perasaan mereka. Atleast mereka rasa semangat sikit.
“Semoga pelajar dalam situasi sama dapat bangkit balik, saya buat sebab mama abah. Mama abah banyak habis duit untuk sekolahkan saya, saya kena beri balik sijil yang baik untuk mereka.
“Saya dah berikan sijil dan result yang baik tu. Sekarang tugas saya adalah untuk sentiasa buat mama abah, isteri dan anak bangga dengan saya,” jelasnya panjang lebar.
Instagram: @hafizmahamad
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak