Ammar Alfian, isteri sah bercer4i secara tebus tal4k

PELAKON Ammar Alfian Aziz sah bercer4i secara tebus talak dengan isteri, Nelissa Nizam, hari ini.

Berita tersebut dikongsi bintang filem Paskal itu menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik fotonya bersama peguam yang membantu dalam urusan tersebut.

“Alhamdulillah. Hari ini mahkamah benarkan saya dan bekas isteri bercer4i secara tebus talak dengan bayaran iwad dibayar oleh bekas isteri kepada saya RM7000,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah. Hari ini mahkamah benarkan saya dan bekas isteri bercerai secara tebus talak dengan bayaran iwad dibayar oleh bekas isteri kepada saya Rm7000. Comel tak peguam saya😬 Finally the truth is out. She may had the world fooled plotting with the media to go against me but the truth will always prevail. Sekarang satu mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tahu perangai sebenar dia. What u did to my mom & dad I will never forgive u. JUSTICE HAS BEEN SERVED

A post shared by Ammar Alfian (@ammar_alfian) on

Dalam perkongsian sama, Ammar, 33, memberitahu kebenaran akhirnya terbongkar dan sekali gus memberi bayangan tentang kemelut sebenar yang melanda rumah tangganya sebelum ini.

“Sekarang satu Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tahu per4ngai sebenar dia.

“Apa yang telah dia lakukan terhadap ibu bapa saya dan saya tidak akan maafkan, Justice has been served,” ujarnya.

Terdahulu pada Januari lalu, Nelissa, 31, membuat tuntutan cer4i di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, namun ditolak oleh Ammar.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mac 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Kyro Shakur yang kini berusia setahun.

(SUMBER: Instagram Ammar Alfian)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar