Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau sc4m didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika memanjat pagar belakang bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan r4sv4h Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Sumber SPRM berkata, pada 11 Oktober lalu, seramai sembilan saspek yang dilepas reman, dibawa balik ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan r4sv4h Malaysia (SPRM) untuk proses dokumentasi jaminan.
Sumber itu berkata, sesampai sahaja di pejabat SPRM, kelihatan ramai pegawai p0lis berkumpul di lobi utama.
“Ini menyebabkan k3semua saspek tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing. Ada dikalangan ahli keluarga saspek juga hadir untuk proses jaminan.
” Terdapat kekec0han berlaku di lobi utama bangunan SPRM bila k3semua OKT (orang kena tahan) enggan turun dari kenderaan kerana kehadiran anggota p0lis yang ramai di lobi Ibu Pejabat SPRM,”katanya.
Menurutnya, hasil perbincangan antara SPRM, p0lis dan peguam yang hadir, pihak p0lis akur dan bersetuju untuk menunggu di pintu utama luar pejabat SPRM.
” Selepas selesai proses dokumentasi jaminan, k3semua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing keluar dari Ibu pejabat SPRM.
” Terdapat empat kenderaan model Velfire memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput saspek yang melarikan diri itu.
“Setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama ditahan p0lis dan saspek-saspek ditangkap semula p0lis.
” Walau bagaimana pun salah seorang seorang saspek yang telah dibebaskan dengan jaminan, diserahkan SPRM kepada peguam beliau, “katanya.
Menurutnya, saspek terbabit kemudian masuk ke dalam kenderaan velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.
” Saspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.
“Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan p0lis.
“Apabila pihak p0lis menahan Velfire yang melalui pintu pagar utama, baru disedari suspek terbabir sudah melarikan diri.
“Hasil semakan CCTV mendapati suspek memanjat pagar dengan bantuan dua bodyguard. Sebuah kereta Perodua Myvi dilihat menunggu di tepi jalan dan bertindak melarikan suspek,” katanya.
Sumber : HMETRO ONLINE
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/