Bekas isteri pendakwah Da’i Farhan, Dr. Erin berdepan detik cem4s apabila anak lelakinya yang berusia enam tahun bertindak menelan duit syiling selepas cuba meniru video aksi ‘trick’ yang ditonton di YouTube.
Menurut Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd, anaknya itu menelan duit syiling bernilai 50 sen.
“Tengok YouTube telan duit syiling boleh keluarkan balik, depa pun cuba telan, lepas tu tak boleh keluar balik.
“Haa, jem..tak ada peny4kit cari peny4kit. Selamat 50 sen yang baru tu, Kalau zaman 50 sen dulu memang biru dah muka,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Dalam hantaran tersebut, Erin turut memuat naik paparan laporan x-ray yang menunjukkan keduduk4n wang tersebut dalam badannya.
Bagaimanapun, katanya, anaknya itu sudah diberikan ubat bagi membolehkan duit syiling tersebut dikeluarkan menerusi proses pembu4ngan najis.
“Ni dah makan ubat bagi bu4ng air besar, tak keluar lagi, kena x-ray sekali lagi.
“Tunggu tengok tak keluar juga, operate la jawapnya,” katanya ketika membalas komen-komen netizen.
Pada masa sama, Erin turut meluahkan cabaran membesarkan anak-anak generasi sekarang.
“Diam budak-budak sekarang lain macam. Tak beli (telefon) bagi depa main games, tengok YouTube, depa kac4u telefon kita.
“Beli bagi konon nak bagi kita senang buat kerja, tapi depa bagi kita tak boleh buat kerja terus,” katanya.
Dr Erin mempunyai lapan orang cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu.
Sebelum ini, Dr. Erin pernah mencvri tumpuan masyarakat apabila mendirikan rumah tangga dengan Da’i Farhan di Makkah secara senyap, sebelum mendakwa dicer4ikan pada April lalu.
Bagaimanapun, menerusi perkahwinan ketiganya itu, pasangan tersebut tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak