SERING terpalit dengan gosip cinta, ibu kepada pengacara Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed berkata dia sudah lali dan terbiasa dengan kontr0versi membabitkan anaknya itu.
Kata Noor Kartini, sebagai ibu dia tahu apa yang dilakukan oleh anaknya itu dan sentiasa memberi sokongan terhadap perjalanan hidup Neelofa.
“Neelofa dalam dunia seni dah 10 tahun, waktu mula-mula tu kita pun pelik… tapi sekarang ni dah tak kisah dah asalkan kita tahu siapa kita.
“Tak ada orang umur dah 30an tak nak kahwin, anak-anak buah saya umur 26 tahun pun dah risau!, ” katanya.
TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.
Neelofa kini berniqab
KUALA LUMPUR: Pengacara, Neelofa, 31, mengesahkan dirinya berniqab selepas memuat naik foto dengan penampilan terbaru di Instagram (IG), kira-kira dua jam lalu.
Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Assalamualaikum, doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.
“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi.
View this post on InstagramCalling everyone to tell them about my new set of jewellery @swarovski #Swarovski #SparkDelight
“Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsannya,” katanya kepada BH Online.
Neelofa turut bersyukur keputusannya berniqab mendapat sokongan penuh ibu, Noor Kartini.
“Insan teragung yang sentiasa berada di sisiku di setiap langkah… I love you so much Mama,” tulisnya di IG.
Selain itu, pengasas empayar perniagaan, Naelofar turut meluahkan terima kasih dan penghargaan atas doa dan sokongan orang ramai.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar