Semalam seluruh rakyat Malaysia digembirakan dengan berita mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan negatif c0v1d-19.
Selepas lebih 10 hari bert4rung dengan j4ngk1tan itu, Zulkifli kini telah pulih sepenuhnya daripada w4b4k tersebut.
Namun, dalam pada ramai yang gembira dan bersyukur dengan berita itu, masih ada dalam kalangan netizen yang tertanya apakah nasib dua bayi kembar yang pernah ditahnik Zulkifli.
Soalan tersebut dibangkitkan oleh seorang pengguna di Twitter dikenali sebagai Aizad Fahmy, malam semalam.
“Tumpang tanya, bayi yang kena tahnik dengan Dr Zul hari itu dah swab test ke? Positif atau negatif,” katanya.
Tampil menjawab persoalan berkenaan, Zulkifli menjelaskan bahawa keputusan ke atas bayi tersebut adalah negatif.
“Negatif” katanya ringkas.
Rata-rata netizen kemudian meluahkan rasa syukur mereka terhadap penjelasan tersebut.
Kebanyakan mereka berharap orang ramai tidak menyebarkan f1tn4h serta maklumat tidak tepat mengenai bayi tersebut.
Pada yang kurang pasti, tahnik adalah satu perbuatan mengunyah tamar atau selainnya kemudian disapukan kepada lelangit bayi.
hukvm mentahnik bayi merupakan satu sunnah.
Negatif
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 14, 2020
Terdahulu, isu berkaitan bayi tersebut tular apabila tersebarnya gambar Zulkifli melakukan tahnik sebelum beliau disahkan positif c0v1d-19.
Sebahagian netizen bersimpati apabiila bayi yang masih kecil itu terpaksa melakukan swab test bagi mengenal pasti sama ada mereka dij4ngk1ti c0v1d-19 atau tidak.
"Banyaknya majlis dia pi" – Netizen Kecewa Dr Zul Tak Kuarantin, Jumpa Ramai Orang & Ada Tahnik Bayi Kembar! – Lobak Merah https://t.co/pyvWX4Jek2
— Rejaie Arbee 🇲🇾 (@rejaie) October 6, 2020
Untuk rekod, Zulkifli sebelum ini mengesahkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif c0v1d-19 pada 5 Oktober lalu menerusi satu posting di Facebook rasminya.
Beliau juga menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan c0v1d-19 di klinik kesihatan dengan segera.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak