“Macam Pelik Bunyinya Tapi…”- Abby Abadi Perlukan Bayi Yang Tidak…

Pelakon Abby Abadi memaklumkan dia memerlvk4n bayi yang tidak mampu dipelihara oleh ahli keluarga.

Kata Abby apa yang dilakukan adalah demi untuk menjamin masa depan yang baik untuk bayi yang dilahirkan.

“Saya memerlvk4n bayi yang tidak mampu dipelihara. Macam pelik je bunyinyakan tapi itulah dia.

“Saya menyeru pada adik-adik, kakak-kakak, ibu-ibu yang tidak mampu menjaga bayi mereka. Jika segan untuk berurusan dengan jabatan-jabatan yang sepatutnya, boleh berurusan dengan saya untuk saya berikan masa depan yang lebih baik buat bayi itu.

“Tak kisah warganegara atau bukan warganegara, asal dari manapun, sama ada sah atau tidak sah.

“Saya akan usaha untuk bantu mendapatkan penjaga yang baik dan mampu menjaga dengan penuh tanggungjawab.

“Yang sudah lahir dialu- alvk4n. Kalau belum lahir kita bincang dan rancang awal ye. Mesej saya secara peribadi,” katanya.

Abby berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji usahanya serta mendoakan urusannya itu dipermudahkan.

Terdahulu, Abby membantu ramai ibu bapa untuk mendapatkan anak angkat dari penjaga yang tidak mampu memelihara anak mereka.

Abby juga mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang masing-masing berusia 2 tahun serta Maira Darda Farisa yang baru berusia 6 bulan.

Sekadar info, Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun men1ngg4l dunia selepas 70 hari dilahirkan.

Menerusi perkahwinan pertamanya bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SAYA MEMERLUKAN BAYI YG TIDAK MAMPU DIPELIHARA . Mcm pelik je bunyinya kan.. tp itulah dia. Sy menyeru pada adik2, kakak2, ibu2 yg tidak mampu menjaga bayi mereka, jika segan utk berurusan dgn jabatan2 yg sepatutnya, buleh berurusan dgn Sy utk Sy berikan masa depan yg lebih baik buat bayi itu. . Tak kisah warganegara atau bukan warganegara, asal dari manapun.. sah atau tidak sah.. Sy akan usaha utk bantu mendapatkan penjaga yg baik & mampu menjaga dgn penuh tanggungjawab 😊 . Yg sudah lahir di alu alukan. Kalau belum lahir kita bincang & rancang awal ye. DM tau.. 🤗 . Ps: Yg tak berminat, mencari salah, sibuk nk pertikaikan itu dan ini.. komen anda tidak diperlukan disini ye. ALLAH sebaik2 Penilai 😇

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak