“Lepas Solat Terus Ambil Port, Melekat Je”, Manjakan Anak Tapi Tegas Cara Didikan Johan & Ozlyn!

Sebagai mak dan ayah, kitalah teraju utama untuk menentukan cara didikan buat anak-anak kita. Mahukan ketegasan, bertegaslah dengan anak-anak sebaiknya. Namun memanjakan mereka sejak kecil tetap perlu kerana itulah cara didikan yang sebenar buat anak kecil.

Berkongsi kisah di instagram, pasangan popular Johan dan Ozlyn tidak terkecuali berkongsi cara mereka mendidik anak-anak. Terkenal dengan sifatnya yang tegas, Ozlyn sering dilihat berkongsi kisah rutin kehidupannya yang tegas pada anak-anak terutama dalam menjaga solat dan sebagainya.

Namun bukan hanya ketegasan, bahkan pasangan ini juga cukup memanjakan anak-anak mereka. Tidak hairanlah kesemuanya sanggup tidur berhimpit-himpit gara-gara mahu duduk bersama.

Terbaru, melalui instagram Jozlynnhanania, pasangan ini berkongsi kisah anak-anak mereka yang sanggup berhimpit-himpit demi ingin duduk bersama. Mesra dan cukup akrab. Namun kata Ozlyn lagi, inilah rutin anak-anaknya.

“Gambar ni akan jadi saksi buat anak-anak korang nanti. Macam mana anak-anak Hanania papa dan mama dok asik nak melekat jek.

“Ni ni lepas solat.. terus amik port memasing. Berebut-rebut!!

“Bak kata papa yang dah berbulu pun duk beleser macam kucing,” katanya berkongsi.

Buat Salah Tetap Kena Lib4s

Semuanya berebut-rebut untuk mengambil tempat masing-masing dan mahu duduk bersama. Satu kemesraan yang cukup jelas dipamerkan oleh keluarga ini.

Malah katanya lagi, bukan hanya duduk berhimpit dan berkongsi cerita, anak-anaknya juga boleh tidur dengan keadaan sebegini.

“Percaya tak dorang boleh tidur dalam keadaan macam ni. Kadang naik kebas kaki kita,” katanya lagi.

Bukan itu sahaja, malah baik Ozlyn mahupun Johan sendiri sama-sama berharap walaupun kesemua anak-anak mereka sudah besar dan berkahwin kelak, keakraban dan kemesraan di antara adik beradik masih tetap terjalin kukuh.

Pun begitu kata Ozlyn lagi, dalam memanjakan mereka sebegini, yang salah tetap salah. Tetap harus dihukvm dengan ketegasan sewajarnya.

“Harap bila dorang semua ni dah kahwin still macam ni. Bukan dorang je yang akan kami layan macam ni, anak menantu pun kitorang akan layan macam ni.. tapi!!

“Kalau buat salah lib4s tetap lib4s yek! Anak menantu pun kita lib4s macam anak kita jugak,” katanya lagi.

Terdahulu, Johan dan Ozlyn sah bergelar suami isteri pada 25 Julai 2009.

Kini kehidupan mereka cukup bahagia dengan dikurniakan lima orang cahaya mata, Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Pa&Ma