SELEPAS empat tahun menunggu, pelakon Shah Iskandar selamat menimang cahaya mata sulung, apabila isterinya, Siti Sarah Mohd Noor melahirkan seorang bayi lelaki pada 10 Oktober lalu.
Bayi comel yang lahir dengan berat 3.66 kilogram di h0sp1tal Umra, Shah Alam itu diberi nama Yusuf Zulkarnaen.
Bagaimanapun Shah, 38, hanya berkongsi berita tersebut kepada umum pada Sabtu malam iaitu seminggu selepas dirinya bergelar bapa, sekali gus berkongsi foto pertama permata hatinya itu di laman Instagram miliknya.
“Pada 10 Oktober lalu, jam 2.02 petang, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pertama kami di h0sp1tal Umra, Shah Alam.
“Alhamdullilah, proses kelahiran berjalan lancar, tambahan pula semua petugas di h0sp1tal itu menjadikan perjalanan kami sangat menyenangkan.
“Saya mengambil keputusan untuk berehat dari laman sosial selama tujuh hari untuk berikan sepenuh perhatian kepada isteri dan anak saya,” ujar Shah yang kini tampil dengan drama Ryan Aralyn.
Menerusi perkongsian sama, Shah turut menzahirkan rasa terima kasih buat isterinya atas pengorbanan melahirkan cahaya mata sulung mereka berdua.
“Ucapan terima kasih tidak akan pernah cukup dengan segala pengorbanan awak lakukan dan melahirkan bayi yang sangat comel. Saya sayang awak,” katanya.
Kata Shah, dia akan membawa anak dan isterinya pulang bertemu keluarganya di Singapura selepas keadaan pandemik c0v1d-19 kembali reda.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga di Singapura pada Januari 2016.
(SUMBER & FOTO: Instagram Shah Iskandar)
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Kosmo