Nasi lemak boleh dikategorikan sebagai salah satu makanan dan juga topik yang sangat sinonim dalam kehidupan seharian masyarakat di negara kita. Sering menjadi juadah pilihan masyarakat tanpa mengira latar belakang, apa-apa saja yang berkait dengan nasi lemak ini pasti akan menjadi perhatian.
Daripada mempertahankan nasi lemak kerana dikritik wartawan mat salih dan gaji yang ditawarkan gerai nasi lemak, boleh dikatakan semua perkara mengenai nasi lemak ini boleh menjadi topik perbincangan.
Terbaru, gambar sebuah gerai nasi lemak yang tidak dapat dipastikan lokasinya ini pula menjadi perhatian netizen. Bukan kerana keadaan gerainya yang luar daripada kebiasaan tetapi namanya yang boleh membuatkan sesiapa sahaja melihatnya termenung buat seketika.
Buat anda yang masih mengambil masa untuk memahami nama gerai di atas, ianya adalah Nasi Lemak Benti Keje atau seperti yang difahami kami dan sebahagian netizen sebagai ‘nasi lemak berhenti kerja’.
Bagaimanapun, bukanlah cara ejaan nama gerai yang menjadi perbualan netizen di beberapa platform media sosial, tetapi ramai yang meluahkan perasaan sayu selepas melihat nama berkenaan.
Ia kerana ramai yang beranggapan dan memahami bahawa gerai nasi lemak itu dibuka selepas pemiliknya diberhentikan kerja sekaligus membuatkannya memilih untuk menggunakan nama tersebut.
Menerusi perbincangan di laman reddit r/malaysia, netizen berpendapat ianya sebagai sesuatu yang mencuit hati dan sed1h pada waktu yang sama.
“Yup, ianya menarik dan kelakar tetapi menyimpan maksud yang sangat dalam,” tulis pengguna portal itu.
Di Twitter pula rata-rata netizen juga mempunyai pandangan yang sama seperti “inilah bagaimana rasanya tertawa dalam tangisan,”.
Walaupun sayu melihat nama gerai tersebut, namun mereka juga tidak lupa untuk memberikan kata-kata semangat buat mereka sehinggakan ada yang turut berkongsikan lokasi gerai berkenaan.
Menurut beberapa perkongsian daripada netizen melalui hantaran yang diperhatikan di Twitter, gerai nasi lemak itu difahamkan terletak di Kajang, Selangor.
Lokasi di Taman Koperasi Cuepacs Kajang. Waktu operasi 6petang – 10malam. Kalau dah tutup awal tu, maknanya dah habis lah tu. Tutup hari Selasa & Jumaat. Enaa +60 11 3703 2794
— 𝓮𝓺𝓲𝓮𝓷𝓷𝓷 (@asyickin_) October 18, 2020
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apakah sebab di sebalik pemilihan nama yang unik oleh pemilik gerai itu. Adakah ia sama dengan tanggapan netizen yang ianya dibuka selepas beliau diberhentikan kerja atau pun sebaliknya.
Apa-apa sekali pun semoga perniagaan nasi lemak ini terus maju dan menjadi pilihan orang ramai selepas ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.thevocket.com/