KUALA LUMPUR – Penganjuran konsert mingguan Gegar Vaganza 7 (GV7) mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen yang dianggap tidak mematuhi prosedur operasi standard ( SOP) dalam waktu kes positif Covid-19 negara terus melihatkan peningkatan ketara.
Seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan sinikal terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri.
“Because Islam loves konsert Gegar Vaganza more than nikah yes? (Kerana Islam sukakan konsert Gegar Vaganza lebih daripada bernikah, betul?) @drzul_albakri,” ciap seorang pengguna Twitter menggunakan nama akaun, @afifibey.
Ciapan tersebut dibalas Zulkifli: “Ia dibawah bidang kuasa negeri. Saya sarankan rujuk jabatan agama negeri.”
Konsert GV7 akan berlangsung seperti biasa tanpa kehadiran penonton di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Hanya kru bertugas dan peserta sahaja yang akan berada di sana pada hari kejadian.
Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, majlis keramaian seperti kenduri, perkahwinan, sambutan ulang tahun, tahlil dan majlis sosial lain tidak dibenarkan diadakan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bermula 14 Oktober lalu.
Hari ini, sebanyak 871 k3s baharu Covid-19 dilaporkan termasuk daripada empat kluster baharu menjadikan jumlah k3s positif sebanyak 20,498 k3s.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : kosmo