Pasangan Kembar Bertemu Semula Selepas 20 Tahun Terp1sah

Siapa sangka, meskipun secara tak sengaja, atas bantuan aplikasi Tiktok, pasangan kembar yang terpisah 20 tahun berjaya ditemukan semula. 

Trena dan Treni terpisah selepas ibu bapa mereka menyerahkan pasangan itu kepada saudara rapat manakala seorang lagi kepada jiran.

Tindakan itu dibuat ketika ibu bapa mereka perlu pulang ke kampung untuk menjaga datuk dan neneknya yang s4kit di kampung.

Tribunnews Bogor melaporkan, sejak 1999 pasangan itu terpisah selain tidak lagi bertemu dengan ibu bapanya.

Hasrat untuk bertemu semakin sukar direalisasikan disebabkan rusuhan Ambon yang berlaku pada tahun yang sama.

Sebaik rusuhan tamat, Treni dibawa keluarga angkatnya ke Blitar, manakala Trena pula ke Tasikmalaya di Jawa Timur.

sajagempak.com - Pasangan Kembar Bertemu Semula Selepas 20 Tahun Terpisah

Selepas itu, mereka membawa haluan masing-masing dan pasangan itu tidak menyedari dilahirkan sebagai kembar.

Treni yang aktif mengunakan TikTok sering memuat naik video sehingga disedari jiran Trena yang menganggap gadis itu adalah individu dalam aplikasi berkenaan.

Ia menjadi detik Treni dan Trena mula mengenali antara satu sama lain dan berhubung selepas sekian lama terpisah.

VIDEO:

Treni akan pergi ke Tasikmalaya untuk bertemu Trena pada Rabu ini dan ia adalah pertemuan pertama mereka sejak terp1sah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : sajagempak.com