TULAR baru-baru ini mengenai kisah seorang kanak-kanak yang berkeliaran di kawasan Pandamaran, Klang, Selangor dikatakan menemani ibunya mencari tin kosong dan meminta wang RM5 untuk membeli makanan.
Simpati dengan keadaan kanak-kanak lelaki itu, seorang warganet terpanggil untuk membantu membelikan barang makanan termasuk milo, susu dan roti bagi meringankan beban dan berkongsi dalam media sosial.
Antara kata-katanya:
“Bukan menunjuk-nunjuk, tapi teringat Ustaz Ebit boleh sedekah macam-macam, kita kena ambil contoh itu. Lagipun rezeki ini semua ALLAH punya, kita hanya hamba-NYA sahaja.”
Pun begitu, kisah kanak-kanak tersebut menarik perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang turut memberikan penjelasan mengenai keadaan sebenar keluarga kanak-kanak itu yang dibantu sejak sekian lama.
Menurut perkongsian Ustaz Muhd Syafiq, keluarga yang mempunyai 11 anak dan seorang cucu itu menerima bantuan kewangan bulanan, makanan bulanan dihantar terus ke rumahnya, sewa rumah, bantuan hari raya tahunan dan persekolahan anak-anak.
“Ibunya juga maklum bahawa bukan seorang tetapi beberapa orang anaknya kerap berkeliaran sekitar kawasan tersebut dan meminta wang daripada orang awam sedangkan bantuan diberikan adalah pada kadar maksima disediakan.
“Pihak amil kariah dan masjid kawasan menasihati agar ketua keluarga mengambil peranan dan tanggungjawab menjaga serta mengawasi anak-anak beliau. Jika dibiarkan boleh mendatangkan f1tn4h dan juga masalah sosial pada kemudian hari,” tulisnya.
Tulisnya lagi, orang awam dinasihatkan agar dapat merujuk pada LZS dan selidik terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita kerana dikhuatiri apa yang diambil tanpa kebenaran boleh menjadi f1tn4h dan masalah pada sesebuah keluarga.
Namun, percaturan hidup setiap manusia tiada siapa pun tahu. Bahkan kisah kanak-kanak terbabit tidak terhenti begitu sahaja. Barangkali ada rezeki lebih baik sudah diaturkan ALLAH apabila didatangkan seseorang untuk membantu kemelut yang dihadapi keluarga berkenaan.
Alhamdulillah, pendakwah selebriti terkenal, Ustaz Ebit Lew baru-baru ini ada berkunjung ke rumah keluarga kanak-kanak tersebut.
Antara petikan kata-katanya:
“Baik jer adik-adik ni. Comel jer. Saya tengok rumahnya dan ziarah mak ayahnya. Berbual dengan mereka. Baik-baik semuanya. Katanya syukur dah dibantu Zakat Selangor RM900 sebulan. Cuma kadang anak-anak ni suka merayau ustaz.
Saya terus kata siapa nak masuk madrasah. Sekolah agama..asrama. Nanti ustaz bayarkan yuran semua. Adik keluar dari sini. Esok balik jadi imam besar. Cerita-cerita dan motivasi. Semua nak pergi. Saya bawa 4 orang terus daftar madrasah. Terus shopping dan beli semua pakaian lengkap. Makan kfc.
Baik sangat anak ni. Sayu jer bila semua dah pakai jubah-jubah. Baik jer semuanya. Excited nak masuk asrama. Dah lewat kami terus ke Melaka. Ustaz dan ustaz di sana semua dah tunggu walau lewat malam. Terharu rasa.
Di Melaka kami ke Madrasah Tahfiz Al Quran Ibnu Talib untuk 3 lelaki tu. Manakala adik perempuan tu saya hantar di Sekolah Pondok Tahfiz Tuan Guru Hj Husin. Baiknya akhlak anak dekat dua madrasah ni. Suasana kemas cantik tempatnya.
Empat adik ni sebelum bergerak balik berlari salam menangis cakap terima kaseh. Bahagia best sangat nak masuk sini. Puas rasa. Bakal pemimpin masa depan. Rezeki takdir. Siapa sangkakan? Tadi viral tepi jalan sekarang bakal jadi daie hafiz alim.”
Jujurnya, kita tidak tahu nasib seseorang itu selagi tidak berusaha untuk menjadi lebih baik. Peluang dan ruang yang diberikan kepada empat beradik itu diterima dengan hati terbuka untuk menjadi insan berguna satu hari nanti.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar