Jodoh pertemuan, ajal m4ut semuanya ketentuan Dia Yang Satu, sebagai hambaNya kita tak mampu menidakkan takdir tersebut. Namun kita tidak boleh sekadar pasrah sahaja, sebaliknya kena ada persediaan untuk semua ini.
Justeru, bagi mereka yang sudah berkeluarga harus ada persediaan untuk anak-anak dan isteri. Bagaimana nanti apabila ketua keluarga pergi buat selama-lamanya, dengan siapa mereka harus bergantung harapan.
Tidak kira orang biasa mahupun selebriti, soal begini tidak dapat lari dari dibahaskan. Lebih-lebih lagi pelbagai kes berlaku masa ini. Kem4tian tidak mengenal usia, pangkat dan juga keturunan.
Terkesan dengan kes kem4tian mengejut pada usia muda dua rakan selebriti iaitu allahy4rh4m Abam dan allahy4rh4m Ashraf Sinclair, membuatkan, hos dan pelakon terkenal, Alif Satar menyuarakan kebimbangan tentang nasib dan masa depan ahli keluarganya.
Justeru, dalam satu perkongsian bersama mStar Online, Alif mengambil langkah awal dengan membuat pelan perwarisan harta semasa hidup bagi memudahkan isteri dan anak-anaknya meneruskan kehidupan apabila dia sudah tiada suatu hari nanti.
“Orang selalu cakap supaya buat simpanan, tetapi sepatutnya anda perlu buat wasiat. Saya sebenarnya tak berapa pandai buat benda ni, tapi ia tetap perlu dibuat.
“Macam saya sendiri sudah sediakan wasiat sejak ada anak pertama. Sebab kita tidak akan tahu berapa lama kita akan hidup,” katanya.
Ajal tidak mengira usia dan kem4tian datang bila-bila masa. Apa yang dilakukan Alif ini sememangnya sangat tepat kerana bimbang apabila sudah tiada nanti nasib isteri dan anak-anak akan teraniaya jika wasiat tidak dibuat lebih awal.
Sumber : mStar Online
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Keluarga