Lapan anggota perubatan h0sp1tal Melaka disahkan positif c0v1d-19, dan bukannya 11 sebagaimana yang tular di media sosial hari ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Dr Ismail Ali dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan lapan anggota perubatan itu kini menerima rawatan di h0sp1tal berkenaan, manakala kontak rapat mereka telah disaring dan kini menjalani ku4r4nt1n di rumah masing-masing, dan bukannya di h0sp1tal.
Katanya perkhidmatan di h0sp1tal Melaka tidak terjejas, sebaliknya diteruskan dengan pematuhan penuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, dan secara keseluruhannya 30 kes pes4kit c0v1d-19 sedang dirawat di h0sp1tal Melaka ketika ini.
Beliau berkata h0sp1tal Melaka merupakan h0sp1tal rujukan bagi kes c0v1d-19 di Melaka, dan menurutnya urusan di semua unit di h0sp1tal berkenaan perlu melalui janji temu, dan orang ramai diingatkan agar sentiasa mematuhi SOP ketika berurusan di sana.
Mengulas lanjut, katanya tiada penutupan wad termasuk Wad 1-1 di h0sp1tal Melaka sebaliknya pihak pengurusan h0sp1tal telah mengambil langkah mengawal pergerakan di semua wad yang ada bagi mengurangkan risiko kebolehj4ngk1tan pandemik itu.
Ismail berkata orang ramai boleh menyalurkan sebarang pertanyaan berhubung situasi semasa c0v1d-19 di Melaka melalui Crisis Preparedness and Response Center Melaka dengan menelefon 06-2345999 atau dengan menghantar e-mel kealamat cprcmelaka@moh.gov.my.
Hari ini tular di aplikasi WhatsApp mendakwa wujud kluster membabitkan 11 kakitangan, jururawat, doktor di h0sp1tal itu dan wad 1-1 telah ditutup untuk dijadikan wad ku4r4nt1n kakitangan yang positif c0v1d-19.
Turut tular dakwaan hampir 30 petugas Jabatan Kecemasan dan Trauma h0sp1tal Melaka dij4ngk1ti w4b4k berkenaan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Bernama