Umum mengetahui Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sekiranya sesebuah negeri itu dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Antaranya termasuklah larangan merentas daerah kecuali sekiranya individu itu mempunyai kecem4san ataupun tugasan kerja yang perlu disempurnakan.
Namun, mereka yang mempunyai hal penting seperti itu juga perlu menunjukkan surat pengesahan daripada majikan ataupun yang telah dipohon daripada pihak berkuasa.
Baru-baru ini tular berkenaan seorang gadis yang ingin menghantar haiwan peliharaannya ke veterinar, namun ia menjadi perdebatan hebat antara gadis tersebut dengan netizen di laman Twitter pada 24 Oktober.
🥺🥺 nak pergi vet pun kena ada surat pergerakan ke 🥺 polis ni tak rilek langsung pic.twitter.com/6zM6n68Rix
— 🌙 (@xngelines) October 23, 2020
Sesudah memberhentikan kenderaan, p0lis berkenaan meminta kad pengenalan dan lesen gadis tersebut.
Gadis itu mengeluarkan kad pengenalannya dan menyatakan bahawa beliau mahu ke veterinar untuk menghantar kucing peliharaannya.
Namun, sudah menjadi tugas pihak p0lis untuk meminta surat permohonan merentas daerah sebelum melepaskan seseorang itu ke daerah lain, tetapi gadis itu gagal menunjukkan surat itu.
Jelas gadis tersebut, dia juga tidak perasan bahawa dia perlu memberhentikan kenderaannya.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata berpihak kepada pihak p0lis yang hanya menjalankan tugas:-
Apa-apa pun, jangan lah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Cuba bertolak ansur, dan faham tugas masing-masing ok..
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HotFm via SlamberMedia