PENGACARA dan pelakon, Awal Ashaari serta Puteri Sarah Liyana berkongsi pengalaman sama membuat ujian saringan c0v1d-19 (swab test) baru-baru ini.
Biarpun bukan kontak rapat kepada mana-mana pes4kit c0v1d-19, kedua-dua selebriti itu mengambil inisiatif sendiri untuk menjalani ujian bagi memastikan diri bebas daripada v1rus berkenaan.
Awal membuat swab test secara pandu lalu bersama isteri, Scha Alyahya, buat kali pertama.
Menurut Awal, pengalaman membuat swab test tidaklah terlalu teruk, hanya rasa kurang selesa ketika membuat swab pada bahagian dalam hidung.
“It wasn’t that bad guys.. Rasa tak selesa sikit bab swab kat hidung tu je. Other than that, okay je.
“Jadi pada yang fobia, takut sangat nak pergi h0sp1tal untuk membuat c0v1d test, harap video ini dapat memberi anda idea, bagaimana ia dilakukan.
“Serius tak s4kit langsung, dan sila buat untuk kebaikan anda juga,” kongsinya menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam masa sama, Awal juga turut mendedikasi ucapan terima kasih kepada frontliner yang bertugas.
Sementara itu, isteri kepada Syamsul Yusof, Puteri Sarah menyifatkan, sesiapa yang pernah memberitahu s4kit ketika membuat swab test sebenarnya hanya untuk men4kutk4n orang lain.
“Okay siapa yang cakap s4kit tu sebenarnya nak men4kutk4n korang je. Tapi sebenarnya memang tak s4kit. Sarah buat dekat dalam mouth dan dalam nose. Tak s4kit pun. So, jalankan tanggungjawab anda.
“Dan lagi satu benda ni sangat wajib, lagi-lagi untuk kita yang sedang shooting ni, memang kena buat untuk keselamatan diri sendiri dan juga famili,” ujarnya dalam sepotong video yang dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar