“Rasa ‘Happy’ Nak Jumpa Dia Hari Ni” – Farah Ahmad Setahun Keh1l4ngan Arw4h Pitt

Bukan mudah untuk seorang isteri menghadapi kehilangan suami yang tercinta, apatah lagi mempunyai tiga orang cahaya mata bersama. Bukan sekadar seorang suami, tetapi dialah juga seorang sahabat karib dan tempat mengadu.

Hari ini genap setahun pem3rgian allahy4rh4m Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt yang juga merupakan suami kepada pelakon terkenal Farah Ahmad, dan anak kepada primadona Fauziah Nawi.

“Farah memang menanti tiga hari ni, hari ni, esok dan lusa. Farah dan Mama (Fauziah Nawi) saban hari mengira. Rindu yang ada memang tak pernah hilang.

“Malam tadi Farah baca balik semua komen-komen yang orang tinggalkan setahun yang lalu. Sampai masuk waktu Subuh Farah baca semuanya.

“Masa tu baru Farah sedar doa-doa mereka inilah yang memudahkan arw4h Pitt dijumpai. Terlalu ramai yang berdoa, dari merata-rata tempat,” kata Farah ketika dihubungi Gempak.

Menurut Farah, sebelum ini dia tidak berkesempatan langsung untuk membaca komen-komen yang ditinggalkan, bukan sahaja daripada mereka yang berada di Malaysia, tetapi teman-teman dan kenalan daripada merata tempat termasuklah Indonesia, England, Australia dan lain-lain.

“Sebenarnya dah lama Farah tak mimpikan Pitt. Mungkin Allah tak datangkan dia dalam mimpi untuk bagi Farah berehat. Sebab tu Farah baca balik apa yang orang tulis.

“Farah memang penat. Mungkin Tuhan nak Farah rehat. Sebelum ni Farah alami Ims0nia, tetapi sejak kebelakangan ni Farah sibuk cari rezeki buatkan Farah sangat penat. Balik rumah saja, terus tidur lena,” kata Farah lagi yang mengusahakan Jom Bubur.

Tambah Farah, hingga ke hari ini masih ada lagi orang yang bertemunya bertanyakan perasaan dirinya menghadapi semua yang dilalui.

“Dan seperti biasa jawapan Farah tetap sama. Dia dah tak ada. Farah perlu kuat untuk anak-anak.

“Tapi biarpun dia tak ada di depan mata, dia ada dalam setiap anak-anak. Ada per4ngainya, cara tidur dia. Masing-masing mewarisi sifat ayah mereka.

“Farah tak rasa sunyi sangat sebab Pitt ada pada anak-anak,” cerita Farah kepada Gempak yang ketika itu sedang dalam perjalanan membeli bunga untuk dibawa ke makam suaminya.

Namun begitu, Farah tidak menafikan ada masanya perasaan rindu dan sed1h melanda terlalu kuat dengan kehilangan tempat mengadunya itu.

“Ada masa balik daripada urusan kerja, Farah tak masuk rumah dulu. Farah akan duduk di luar.

“Farah memang jenis yang tak tunjuk pada orang bila Farah men4ngis. Tetapi bila men4ngis tu, Farah men4ngis sendiri sepuas-puas hati dan Farah akan mengadu pada dia seolah-olah dia masih ada di sisi Farah.

“Semuanya seperti mana ketika dia masih ada. Kami saling menyokong, menjadi tempat mengadu, menjadi tempat meluah perasaan.

Ditanya bagaimana dia mengubat kerinduan anak-anak pada ayah mereka, Farah ada cara tersendiri.

“Bila kami rasa sangat rindu, kami akan buka almari baju dia. Masih ada bau-bau dia yang dapat mengubat kerinduan anak-anak, lihat jam tangan yang kali terakhir dipakai oleh arw4h dan segala barang-barangnya yang ada dalam almari tersebut.

“Dan sebenarnya kalau tidak ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), memang Farah rancang bawa anak-anak ke Pahang. Tempat kali terakhir arw4h,” kata Farah.

Perbualan kami tamat apabila Farah sampai ke kedai untuk membeli bunga.

“Lepas beli bunga, Farah akan ambil anak-anak di rumah. Mereka sedang bersiap-siap dan ‘gembira’ untuk pergi melawat ayah mereka,” kata Farah mengakhiri perbualan.

allahy4rh4m Mohd Firdaus Mohamad Hanif men1ngg4l dunia apabila lem4s ketika memancing di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang pada 26 Oktober 2019. allahy4rh4m merupakan seorang pengarah drama dan filem.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak