40 hari tidur berteman air mata, ibu syukur Sandra Dianne akhirnya datang dalam mimpi – “Sudah masa untuk berhenti meratapi pem3rgianmu”

KEINGINAN ibu kepada penyanyi Sandra Dianne iaitu Nur sy4kinah Abdullah untuk bertemu arw4h anaknya dalam mimpi akhirnya tercapai.

Menurut sy4kinah, itu merupakan kali pertama dia didatangi mimpi tentang anaknya selepas lebih sebulan pemergian allahy4rh4m Sandra.

“Tepat 44 hari, akhirnya kakak (panggilan untuk Sandra) datang juga dalam mimpi mama… terima kasih nak, mama tak akan lupa ci1uman yang mama berikan pada kakak dan pelvk4n tangan kakak memelvk erat badan mama.

“Ia seperti tanda daripada kamu memberitahu kamu baik-baik dan inilah masa untuk mama bergerak ke depan dan berhenti meratapi pemergianmu.

“Mama akan merindui kamu sepanjang hidup. Bersemadilah dengan tenang. Al-Fatihah,” katanya.

Ibu Sandra kongsi luahan di Facebook.

sy4kinah berkongsi perasaan rindunya terhadap arw4h menerusi laman Facebook, baru-baru ini.

Sementara itu, sy4kinah berkata dia enggan lagi menulis luahan di media sosial kerana bimbang tindakannya itu akan menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

 

Berat mama pun semakin hari semakin turun daripada 52 kilogram mendadak turun ke 46 kilogram!

NUR sy4kINAH ABDULLAH

IBU SANDRA DIANNE

“Mama tak mahu menulis panjang menumpahkan segala perasaan. Bimbang ada yang akan meluat dan menyampah menvduh mama tak habis-habis meraih simpati. Cukuplah mama katakan rindu mama pada kakak masih belum hilang.

“Mama seolah-olah merasakan kakak ada job menyanyi di tempat yang jauh dan lambat lagi akan balik ke rumah. Kadang-kadang mama melihat telefon menunggu Whatsapp kakak masuk… scroll chat kita yang lama, dengar voice note kakak pada mama,” ujarnya.

Gara-gara rindu yang terlalu mendalam, sy4kinah berkata dia tidak mampu tidur lena sehingga berat badannya turun mendadak.

Sandra terbabit kem4lang4n jalan raya pada September lalu.

“Orang takkan mengerti apa perasaan yang mama lalui saat ini, susah untuk mama bangkit semula dari kesed1han ini kakak. Berat mama pun semakin hari semakin turun daripada 52 kilogram mendadak turun ke 46 kilogram.

“Setiap malam selama 40 hari juga mama tidur bertemankan air mata. Mama tak pernah lupa doakan kesejahteraan kakak di sana dan tak lupa juga sedekah Al-Fatihah untuk kakak.

“Group Telegram peminat kakak mengadakan t4hlil online melalui Google Meet. Bahagialah kakak di sana ya. Bisik pada Allah, semoga Allah kumpulkan kita sekeluarga bersama semula di syurga kelak… insyaAllah,” katanya.

Sandra atau nama sebenar Alessandra Dianne Ampuria meningg4al dunia pada 11 September lalu selepas enam hari bert4rung ny4wa di unit raw4tan rapi (ICU), h0sp1tal Putrajaya.

Pada 5 September lalu, allahy4rh4m Sandra terbabit dalam kemal4ngan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Jena4h dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Kauluan, Sabah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber : Mstar