Azim, I Love You Too -Janet Jackson ucap t4kz1ah atas pem3rgi4n Pengiran Muda Abdul Azim

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal antarabangsa, Janet Jackson meluahkan rasa sed1h dengan kem4ngk4tan anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim Sultan Hassanal Bolkiah pada Sabtu lalu.

Janet Jackson turut mengucapkan ucapan takz1ah atas pemerg1an sahabat baiknya itu.

Instagram Story Janet Jackson

Luahan itu diucapkan adik kepada Michael Jackon itu menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya semalam.

“Azim, saya sayang awak dan Insyallah tiada lagi kes4kitan. Dengan nama yang Maha Esa, Dia akan menjaga kamu sekarang. Amin,” tulisnya.

Istana Brunei memaklumkan putera berusia 38 tahun itu men1ngg4l dunia jam 10.08 pagi Sabtu lalu.

Menerusi laporan Radio Televisyen Brunei (RTB), putera itu dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas Asar.

Susulan itu, pemerintah Brunei memerintahkan rakyatnya supaya mengibarkan bendera separuh tiang dan berkabung selama tujuh hari bermula hari tersebut.

Pengiran Muda Abdul Azim dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.

Baginda juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst, London.

Pengiran Muda Abdul Azim dikenali sebagai anak raja yang prihatin terhadap isu kemanusiaan selain bersahabat baik dengan selebriti di Hollywood. -Awani

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://mykmu.net/